Saturday, December 12, 2009

Projek Akhir Tahun 2009 - 3

Malam ini.....hampir separuh malam aku gunakan masa untuk mengkaji tentang penanaman tebu daripada web bicara jutawan.  Banyak juga ilmu yang aku perolehi............. Orang lain dah advance tapi aku baru nak mula walaupun azam untuk menanam tebu dah lama tersemat kukuh.  Namun aku percaya, aku masih belum terlambat.  Yang penting kini aku telah memulakannya.

Petang semalam (12.12.09) selepas tebang pisang aku rehat sambil minum segelas teh ais di gerai berhampiran kebunku.  Biasalah....... sambil minum, bersembanglah dengan orang-orang kampung.  Tentang pisang, tentang petai, tentang tebu dan sesikit lain-lain hal.  Memang sudah resam ku, apabila di kampung aku AKAN menjadi orang kampung secara total.  Profesyen ku sebagai guru (Guru Cemerlang) dan Darjah Kebesaran Negeri yang ku miliki akan ku lindung disebalik resam itu.  Namun panggilan 'cikgu' tetapTAK dapat dihindarkan.  Memang sudah menjadi resam sejagat.  ...........Adalah lebih kurang setengah jam.  Lepas tu aku terus ke kebun ku yang satu lagi, cempaka triangle.  Di situlah TAPAK projek tanaman tebu aku yang masih belum dapat dilaksanakan.  Walaupun tak luas, tapi memadailah dengan kudrat ku yang ada.

Semoga ilmu yang aku dapat ini dapat aku realisasikan.  Insya'Allah.  Walaupun ku kira kurang tepat pepatah ini untuk ku gunakan tapi ada jugalah kaitannya serba sedikit.
Aku tak mau menjadi orang yang hanya
menamam tebu dihujung bibir.

Wednesday, December 9, 2009

Buluh rebung madu

Hari minggu lepas aku baru kesempatan menggali benih buluh rebung madu di rumah abang ipar aku.  Dapatlah sepuluh perdu.  Aku rasa banyak tu cukuplah untuk permulaan.  Untuk aku buat sedikit research.  Bimbang juga kalau tak terjaga walaupun orang kata penanaman buluh agak mudah.  Namun sehingga hari ini dah empat ari, anak benih tu masih belum di tanam.  Masih tercari-cari sudut mana yang sesuai dan tidak menganggu tanaman lain kerana buluh rebung ni dari jenis buluh yang agak besar.  Mungkin berhampiran sungai kecil atau di kawasan berhampiran kolam ikan. Tempat-tempat tu lazimnya sentiasa lembab, jadi tak perlulah pengairan walaupun musim kemarau.   Sesuailah dengan pepatah Melayu  'BAGAI AUR DENGAN TEBING'. Insya'Allah esok aku akan luangkan masa untuknya.

Tuesday, December 8, 2009

Projek Akhir Tahun 2009 - 2

Alhamdulilah........ projek akhir tahun berjalan lancar walaupun bukan pelan baru yang dilaksanakan.  Tak mengapalah.........kita bisa saja merancang tetapi tuhan yang menetapkannya.  Apa-apa hal projek akhir tahun tetap berjalan walaupun terpaksa mengekalkan pelan lama.  Hasrat untuk membela kambing masih tak kesampaian.  Insya'Allah di masa akan datang.

Pelaksanaan bermula pada 1 Nov 2009.  Memasang pagar kawat duri di hujung tanah. Memeriksa dan membaiki pagar keliling kawasan.  Tujuannya untuk mengelakkan lembu, babi dan kerbau masuk ke kawasan penanaman.  Seterusnya membersihkan kawasan kolam.

Sejak tiga minggu yang lalu, kerja-kerja penyediaan tanah untuk penanaman sedang giat ku laksanakan.  Aku masih tetap menggunakan kaedah konvensional.  Tak pa lah.... sikit-sikit.....lama-lama siap juga.  Walaupun lambat tapi aku tetap seronok dan merasa puas dengan kaedah itu. Sambil meracun, membersih, membakar, membina batas, membina lubang penanaman................%%%77&&##
............... teringat zaman persekolahan waktu sekolah rendah dulu.  Di sebelah sekolah ada kebun Cina.  Memang dah berumur apek tu......aku rasa dalam 60 tahun dan tinggal bersendirian di kawasan perkampungan Melayu.  Tapi cukup tekun dia mengusahakan kebun tu.  Satu demi satu batas dibina.  Bukan sedikit.  Rasanya adalah seluas padang bola.  Ya........pepatah Melayu ada menyatakan  Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.    Pernah juga aku gi ke rumah apek tu.  Rumah bawah......... berlantai tanah.  Meja dan kerusi kayu hasil tukangan sendiri.............tempat makan, pangkin sekadar tempat berehat dan tidur serta dapur tanah dan pinggan mangkuk, periuk belanga seadanya.  Waktu itu, apa yang aku sembangkah...... entahlah aku pun dah lupa.....maklumlah umur aku waktu itu dalam 11 tahun.  Apa yang aku ingat.....aku selalu kacau anjing dia.  Aku baling batu bila nampak anjing tu tidur......... apa lagi....menderam dan menyalaklah dia...... Kadang-kadang dikejarnya aku....beberapa langkah aku lari dan berhenti.......aku tau.....anjing tu acah je.  Aku baling pun saja nak acah juga......sekadar campak batu kecil.

Sebenarnya di kg yang sama(tempat aku bersekolah) ada lagi sebuah keluarga Cina....... di hujung kampung berhampiran sungai. Jarak dengan rumah apek tu.......adalah dlm 2 km.   Dan di kampung sebelah lagi ada juga dua keluarga Cina.  Kg aku ditengah-tengah antara dua kampung tu.....tidak ada keluarga Cina tinggal.  Keluarga Cina tu semuanya bertani kecuali keluarga Cina yang tinggal di tepi sungai.....bertani dan berniaga.  Apa yang aku kagum......mereka tu cukup rajin bekerja.  Pagi menoreh getah........petangnya berkebun.  Ubi kayu..... keledek, sayur-sayuran dan memacam lagi tanaman makanan.  Tak ada seorang pun daripada ratusan keluarga Melayu di tiga kampung tu dapat menandingi hasil tanamannya walau dengan Apek tua yang tinggal bersendirian tu.  MENGAPA???????????   Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.......   oH..... lupa nak cerita........Apek tua tu dia tanam sejenis tanaman jer ....... ubi keledek.  Itulah tanaman yang diulang-ulangnya sehingga aku tamat bersekolah di situ mungkin sehingga kematiannya.  ............(1969 - 1973)

Monday, November 2, 2009

Tilapia Part 2

Sehingga hari ini, telah hampir dua tahun aku mengushakan ternakan ikan tilapia secara kecil-kecilan.  Ikan tilapia merah.....itulah satu-satunya ikan air tawar kegemaranku.  Walaupun namanya tilapia merah tapi warna sebenarnya adalah merah jambu (pink).  Warna yang seronok dipandang.
 
kolam di cempaka mas



kerja mengorek kolam - di Cempaka Triangle

Kolam yang aku ada hanyalah tiga buah.  Dua buah di kebunku-cempaka mas dan sebuah lagi di cempaka triangle.  Atas sebab tertentu, kolam dan tanah di cempaka triangle masih belum dapat ku usahakan lagi.  Pertengahan tahun lepas dah mula buat tetapi atas sebab tertentu - jadi projek terbangkalai.  Namn aku harap ianya tidak akan terus terbengkalai.  Akhir tahun ini, aku akan usahakan semula walau dengan tenaga tulang empat kerat.

Berbalik tentang ikan tilapia  di kolam cempaka-mas.   Air di kolam itu aku salirkan terus dari air terjun berhampiran.  Kualiti airnya memang cantik.  Bersih dan menyegarkan.  Ikan-ikan dapat hidup dan membesar dengan sempurna.  Kualiti ikan yang terhasil juga aku kira adalah yang terbaik dalam kumpulannya.  Warnanya pink muda yang seronok dipandang.  Tidak berbau hanyir.  Malah kalau untuk dibakar, memadai dengan membersihkannya sahaja dan terus bakar tanpa perlu dilumur dengan rempah ratus, kunyit, asam dan garam.  Rasanya.........itulah yang paling istimewa. Lazat dan manis.  Pernah aku jual (sekali je) di pasar malam........sambutan sangat menggalakkan.  Habisss tak berbaki.  Bagi pelanggan yang mengenaliku memang memberikan reaksi positif dan pesan minta hantar ke rumah jika ada lagi.

Pusingan pertama, hasil yang ku perolehi sangat memberangsangkan walaupun bukan dalam bentuk wang.  Banyak juga aku sedekahkan pada rakan-rakan dan orang-orang kampung.  (tanah pusaka dan yang pasti dan bukan milik aku)  Niat aku semuanya untuk orang-orang dulu yang mengusahakan membuka dan memiliki tanah itu.  Itulah yang dapat aku hadiahkan seadanya.  Rasa puas dan gembira.  Aku harap tidaklah sampai bangga, riak dan takabur.  Sekadar untuk berkongsi hasil yang diperolehi

Sunday, October 18, 2009

Cabai Burung part 1

Yang aku tau, cabai yang satu ini dipanggil dengan berbagai nama.  Cili padi, cili api, cili kecil, cabai melaka, cabai burung.....nama ikut tempat atau ras...dan  spesies yang latest sekali........cili semerah.  Kenapa cili padi...sebab bentuknya macam padi.....lojik.    Cili api pula......sebab pedasnya berapi-api.....lojik juga.           Cili kecil.......laaaa....itu pun tak kan tak tau.  kecil......cute!!.   Cabai melaka pula macam mana.......itu pun sama, negeri Melaka kan kecil........   Haa....yang satu ini susah sikit.  Cabai burung.   Kenapa dinamakan cabai burung.  Apa kaitannya dengan burung.  Burung banyak jenis burung.  Burung jenis yang mana?????   Cuba kita sesuaikan dengan jenis burung yang kecil-kecil......burung serindit, burung tempua, burung ciak, burung cinta, burung kelicap.......... tak de klue.

Oorang kata,......susah tanam pokok cabai jenis tu.  cerewit dan pokoknya manja.  macam-macam pantang larang........tak boleh tempat panas.....hujan banyak pun tak sesuai.........tak baja tak boleh......baja pun tak boleh......... Satu hari aku pegi ke.................aku tengok ada pokok cabai tu.  Ada beberapa pokok ... .... .....banyak juga lah tu.  Aku tanyalah.........kat sini ..........boleh hidup subur dan lebat buahnya?    Kat bawah pokok.  Semak jugalah tempat tu.  Kualiti buah    kelas A+.........  Ditanam ke pokok tu?  Sapa yang tanam....?     Dia jawab........ tumbuh sendiri..........  lagi heran......tapi kuasa Allah.......apa pun boleh jadi.......... Tapi lojiknya tentu ada benih yang jatuh kat sini.  ..............................................Burung........apa?...................burunggggggg..............apa?............ Burung.         Oooooooooo......itulah sebabnya dinamakan cabai burung.

Aku ada ge tanam pokok cabai ni, tapi taklah banyak.  Mula-mula dulu tanam cara sistematik.  buat batas dan tempat terbuka.  Ada juga tanam kat polibag.    Banyak juga aku tanam.........adalah  dalam 100 pokok.  OK pokok membesar dengan agak elok dan berbuah.  Sampailah masa kutip hasil............ Lama juga nak perabih 100 pokok tu.  Terbongkok-bongkok...........tertunduk-tunduk tengah panas.  Cabai ni kena kutip masa panas/kemarau.  Kalau musim hujan........pokoknya akan mati.    ..............Petik punya petik, maka sampailah ke pokok terakhir.  Lega rasanya..........kerja dah nak selesai.  Lebih dua jam.........banyak ge hasilnya...........lebih sekilo  Tapi..........aku fikir balik...........tanam 100 pokok..........kutip hasil lebih dua jam.......hasilnya dapatlah sekilo lebih.......... ya...........banyak tu.  Nak guna sendiri............  Tak kan nak makan cabai berlaukkan nasi...........  Aku jual...........dapatlah RM 15.00.  Ok lah juga.......harga sekilo lebih kurang  RM 12.00.....................  Kalau satu hari dapat keluar 10 kg.........RM 120.00.............kalau 50kg..........12 X 50 kg ............RM600.00.  ..................kira lagi...........100 pokok dapat RM 15.00 sehari. kira lagi   hasil 100 pokok, 1.5kg.............50 kg ............100/1.5  x  50   = 3333 pokok. .............kira lagi......  100 pokok..........2 jam...............3333 pokok....................3333/100 X 2    = 66.66 jam......kira lagi......... 66.66 jam / 24  =  2.7 hari. ............... kira lagi.............1 hari 2 jam boleh wat kerja tu.......66.66 jam berapa hari perlu spent utk kutib cabai...............66.66 jam / 2 jam sehari = 33.33 hari.  Jadi untuk dapatkan 50 kg, aku perlukan masa selama 66.66 jam iaitu sama dengan 33.33 hari jika aku kerja 2 jam je sehari (itulah masa yang aku ada) ...........Mengambil masa LEBIH SEBULAN...........  mungkin itu yang oorang kata susah dan cerewit........Ooooooooooo!!!!!!!!!

Thursday, September 24, 2009

Serai Part 1

Di samping tanaman kekal, kelapa pandan dan Limau nipis serta pisang, aku juga ada tanam serai sebagai tanaman sampingan di ruang-ruang kosong, tapi taklah banyak.  Adalah dalam 100+ perdu.  Tanam serai ni mudah.  Tanam, senggara lebih kurang, tabur baja sikit - dah cukup untuknya membesar dengan gahnya.  Nak raya lepas dapatlah aku keluarkan dalam 70 kg siap cuci.  Jenuh juga aku nak mencucinya.  Tegeliat pinggang.  Tapi kerana ada permintaan aku kuatkan semangat, buat juga.  Sehari 2 jam je aku dapat buat.........dapatlah dalam 15 kg.  Walaupun tanam serai mudah (bukan mudah.com) TAPI ada dua perkara yang tak bestnya.  PROSES dan HARGANYA.  Proses, mak datuk oi.................harga tak bebaloi.  Harga sekilo antara 1.00 ke 1.20 (siap proses).  Kalau tak proses 0.50 - 0.70 je.   Agaknya berapa banyak peniaga tu untung.  Purata sebatang harga jual 0.10 - 0.15 dan sekilo ada dalam 50 batang.  Itulah nasib petani mikro.  Harga sekilo daging lembu sama dengan harga 20 kilo serai.  Nak buat rendang kalau tak de serai...............jadi apa ye.

CUTI RAYA 1430 H

Hampir setiap hari rutin hidupku hanya disekitar tiga lokasi saja.
Lokasi  1   -   SMKRP - melaksanakan kerja-kerja rasmi, kerjaya sebagai pendidik.
Lokasi  2   -   KebunKu-CEMPAKAMAS - Pisang, Limau Nipis, Kelapa Pandan, ikan, serai, kunyit, terung.
Lokasi  3   -   RUMAH - homework kerja rasmi, bersama keluarga, rekod kerja lokasi 2, suv internet dan TDO

Semalam dan hari ini sehari suntuk aku di KKCM.  Semalam aku meracun.  Siaplah lima tong.  Tapi sayangnya selesai tong ke lima HUJAN  turun.  rintik-rintik dan 1/2 jem lepas tu agak lebat hingga ke petang.  Kira oklah tu.  Tadi aku tengok MElayu jugalah rumput 2.  Hari ini aku lakukan kerja-kerja senggaraan.  Pokok pisang, limau nipis dan kelapa pandan.  Sambil  2 tanamlah beberapa pokok pisang baru.  Sebenarnya aku baru lepas baja pokok-pokok tu sebelum ramadhan lepas.  Baja lavar gunung berapi yang diimport dari Indonesia.  OK juga baja tu.   Limau nipis dah mula berbuah.  Bunganya cantik, putih dannnnn coooomel.  Pisang, sebenarnya dah masuk musim ke tiga tapi keadaan tetap subur nampak macam musim pertama juga.  Memang berkesan baja larva gunung berapi tu.  Harga baja tu boleh tahan juga.  Satu beg 25 kg, RM 37.00. Akhir tahun ni aku akan beli lagi baja tu.

Tuesday, September 22, 2009

Projek Akhir Tahun 2009

  



Tanah bekas bendang.  Keluasan - 3 ekar.  Projek tulang empat kerat aku hujung tahun ni.  Sebenarnya tanah ni dah aku usahakan mulai Jun 2008 (tengoklah tarikh tu).   Buat parit keliling, pagar dan bajak.  Lebih sebelah tangan juga aku habis.  Cuci kawasan, buat parit, buat kolam dan tebang pokok aku sewa es'tor swasta, bajak sewa dari LPP.  Lain-lain aku  buat sendiri - Pacak tiang pagar, pasang pagar dan kerja-kerja lain.  Setiap hari lepas balik daripada tugas rasmi di RP, aku terus tukar profesion.  4.00 hingga 6.00.  +-1/2 jam ke kebun di ulu.  Round kebun pisang dan bagi makan ikan. .  Dan +- 1 jam lagi, di sinilah aku.  Itulah masa yang ada kecuali hujung minggu.  Semangat dan azam aku cukup tinggi.  Tak padan dengan keadaan fizikal aku.(170 cm dan mtain 48 - 50 kg)

Waktu itu, aku cukup yakin dapat lakukannya sendiri.  Tengah okt, setelah selesai buat pagar aku mula buat batas.  Nak tanam terung.  Alhamdulilah, berjaya juga tapi tak banyaklah. Untuk semangat.( cerita tentang terung aku dah tulis sebelum ni).  Sambil tunggu pokok terung tu besar, aku buatlah batas lagi disamping kerja-kerja lain.  

Pendekkan cerita, aku akan mulakannya semula.  Projek 2008 bukan gagal tapi saja aku biarkan tapak tu ditumbuhi rumput semula.  Aku akan ternak kambing di tapak tu.

Saturday, September 19, 2009

SALAM IDIL FITRI

TAHNIAH....... DAN TERIMA KASIH KERANA ANDA FOLLOWER PERTAMA BLOG INI.


sila hubungi saya seberapa segera - di no. 016-5274595 atau zainalabdrahim@yahoo.com untuk cenderahati hari raya.

Terdapat 4 lagi cenderahati yang menanti.

Jutawan Tani 2015

Sempena 1 Syawal 1430 Hijrah ni,
aku berazam,
MENJELANG 2015
aku
MESTI BERGELAR JUTAWAN TANI.
INSYA'ALLAH.
dan
pada kalian doakanlah kejayaan aku

Monday, August 31, 2009

MORFOLOGI PISANG

MOFORLOGI PISANG



1.         Jenis tumbuhan             - Herba saka monokotiledon
2.         Famili                           - Musaceae
3.         Pokok                          - Hidup berumpun dan batang bawah tanah (umbisi)
                                                - 40 – 70 helai daun sebelum berbunga.
4.         Jambak bunga              - bentuk spika majmuk
5.         Buah                            - terbentuk secara tampang ( tanpa pendebungaan)
                                                  iaitu partenokarpa. Isi terbentuk dari dinding ovari.
6.         Sulur                            - Sulur pedang  - daun tirus dan kecil
                                                                        - batang kuat dan kadar pertumbuhan cergas.
                                                                        - sesuai sbg. bhn tanaman (benih)
                                                - Sulur air         - daun lebar, umbisi kecil
                                                                        - kadar pertumbuhan lembab.
7.         Kultivar pisang 
Kultivar
GRED
Mula Berjantung
Tuai Hasil
Penyakit
Mas
AAA
7 –  10 bulan
7 – 9 minggu
Bintik daun
Embun
AAA
10 – 12 bulan
12 – 14 minggu
Layu panama
Rastali
AAB
10 – 12 bulan
11 – 13 minggu
Layu panama
Raja
AAB
9 – 10 bulan
13 – 15 minggu
Nangka
AAB
8 – 9 bulan
11 – 13 minggu
Tanduk
AAB
9 – 10 bulan
9 – 10 minggu
Berangan
AA
10 -12 bulan
11 – 13 minggu
Bintik daun sigatoka
Awak
ABB
9 – 10 bulan
16 – 18 minggu
Abu (Nipah)
BBB
11 – 13 bulan
17 – 19 minggu
8.         Pisang Mas      
-  Lokasi          -  Tanah subur dan hujan cukup – hasil tinggi.
-  Nama           -  Klue Khai ( Thailand)  Amas (Filipina), Mas (Indonesia), Surya
    Kadali (India), Lady’s Finger (Hawai), Honey (West Indies)
            -  Asesi            - Beza dalam ciri hasil dan mutu buah berdasarkan keadaan
   tempat dan dari mana benih diambil.
9.         Pembajaan      
           - Semasa Penanaman             - Fosforus (100 g)  dan kapur (100 g)
           - 1.5 – 2 bulan                         - NPK green (450 g)
           - 3 – b bulan                            - NPK Blue (450 g)
           - 5 – 6 bulan                            - NPK Blue (500 g)
10.       Penyakit dan simptom
Jenis Penyakit
Simptom
Kawalan
Catatan/kesan
Bintik daun sigatoka
Bintik kuning/hitam tepi daun, membesar dan menjadi bujur.  Daun perang dan kering
Kebersihan dan saliran, racun kulat
Buah dan tandan kecil
Bintik daun periconiella
Bintik warna hijau tua atas daun
Zat makanan yang cukup - magnesium
Layu panama
Daun jadi kuning dan layu, xilem batang tersumbat dan berwarna perang dan hitam
Embun dan rastali – retan
Mas dan berangan - rintang

Monday, August 10, 2009

Bermulanya Kisah Aku Sebagai Petani

Aku adalah seorang graduan sebuah universiti di selatan tanah air. Sebelum mengenggam selembar ijazah aku adalah seorang pendidik. Maka di kampus, gelaran untuk kami adalah mahasitua.  Apa tidaknya kebanyakan pensyarah lebih muda dari kami.  Tak mengapalah, kami (khususnya aku) seronok dengan gelaran itu.  Kata orang 'tua-tua keladi, makin tua makin menjadi'.  Selepas mendapat title graduan ( dengan ijazah sarjana muda teknologi dengan pendidikan - 1999) aku masih tetap seorang pendidik sehingga kini.  Menjadi petani part-time ni bukan kerana meluat dengan profesyen, tetapi kerana minat.  Terlalu minat dalam bidang pendidikan.  Luaskanlah skop pendidikan.  Lepas penat mendidik anak bangsa diwaktu pagi, petangnya mendidik pokok-pokoklah pula.  Banyak nikmatnya mendidik pepokok ni.  Berbudi pada tanah ni lagi banyak faedahnya.  Sebenarnya dah lama aku ingin menceburi bidang pertanian ni.  Dulu dah mula, tapi dapat tawaran jadi mahasitua. Jadi aku tinggallah dulu.  Namun minat sedia ada tu tetap aku pupuk sepanjang masa.   

Terung Part 1





Tanam terung ni seronok.  Pat mana seronoknya tu?  Bukan pat petik buah, kerana nak petik buah, tunggulah beberapa bulan kemudian.  Tapi yang seronoknya apabila  tengok pokok tu  membesar dari sehari ke sehari.  Daripada tiga helai daun dan batang besar batang mancis hinggalah berhelai-helai daunnya  dan batang sebesar ibu jari kaki.  Lagi satu pat yang seronoknya ialah, kambing tak makan daunnya.  Maklumlah kebunku dipinggir kampung.  Kambing orang kampung memanglah banyak.  Siapa tak tau perangai kambing.  Pat yang kita tanam tu, memanglah itu yang digemarinya.  Kata orang saja dengki.  Tapi kambing manalah ada 'mind'.  Apa dia tau dan nak dengki.  Cuma apa yang kita tanam tu memang sebahagian daripada makanan dia.  Apa lagi, dia jumpa, bantai.....lah sampai tak tinggal tunggul.  Pat hasilnya pula, sapa kata tak seronok.  Walaupun cuma 70 pokok tapi kutip hasil seminggu dua atau tiga kali juga.  Sekali petik adalah 10 - 12 kilo.  Jual tolak dapatlah harga 2.50 sekilo.  Selepas 3 bulan kutip hasil, aku kira berapa banyak hasil yang aku dapat - lebih kurang 200 kg.  (x 2.50) .  Lumayan juga tu.  Kerja part-time dan jumlah ditanam tidaklah banyak.  Sambil merumput, aku mulalah merancang.  Nak cuba tanam 1000 pokok, walaupun tidak serentak.  Lebih 10 kali ganda daripada hasil 70 pokok boleh ku perolehi.  Akupun apa lagi......., tak tunggu lama.  Buatlah batas baru kerana nak merealisasikan rancangan tu.  Lagi pun pokok yang ada tu mula kelihatan uzur.  Buahnya pun dah kurang besar.  Mungkin dah tua agaknya.  Siap buat batas, bubuhlah baja dan beberapa hari lepas tu tanamlah pokok baru. Pokok lama yang aku anggap dah uzur tu, aku cabut dan letak baja semula dibatasnya dan tanamlah sekali.  Pokok baru aku tanam sebanyak 200 pokok.  Dalam masa 4 bulan aku target bolehlah capai 1000 pokok.  Terpaksa berdikit-dikit kerana aku ni degil.  Nak juga buat kerja tu sendiri.  Dalam pada tu kerja rasmi ku makin banyak.  Terpaksa kerap keluar - out station.  Biasanya tiap kali keluar, seminggu. Dalam sebulan ada dua kali.  Apa nak buat..............................  Kejar-punya kejarrrrrr............. akhirnya tak terkejar juga.  Pulun punya pulun.................... akhirnya tak terpulun juga.  Insya'allah cuti sekolah hujung tahun ni aku akan usahakan lagi kebun terung aku tu.  Target 1000 pokok akan tetap ku kekalkan.    Kerana apa.............seronok tengok kambing asyik dok perati je pokok terung aku dulu tu.  Cuba-cuba makan buah terung tu,  gigit sikit lepas tu terbatuk-batuk.  Bukan niat nak dengaki................. tapi................. nakkan hasil yang memuaskan daripada usaha sendiri.    Doakan aku berjaya.                                                                                                         

Sunday, August 9, 2009

Tilapia Part 1



Seronok bela ikan ni. Selain untuk mendapatkan hasil, saat yang paling indah ketika duduk di tepi kolam. Bermain dengan ikan sambil berehat setelah penat membersihkan kebun pisang.

Amacam, tengoklah ikan tilapia tu. Manjanya. Main ditangan. Mudah ditengkap. Tapi kalau dengan orang lain, jangan cuba. Memang tak dapat. Ikan-ikan tu manja dengan tuannya je.

Ikan yang aku bela tu, taklah banyak. Cuma dua kolam je. Guna air yang disalirkan dari air terjun. Airnya bersih dan sentiasa segar. Ikan hidup sihat dan segar bugar. Tengoklah warnanya tu, pink muda.

Istimewanya ikan yang aku bela guna air tu adalah dari segi tumbesarannya dan juga rasa. Lebih cepat membesar, tidak hanyir dan rasanya sangat lazat. Bersihkan dan terus bakar. lagi lazat. Tak perlu bagi asam, kunyit dan garam. Dah masak, ratah saja.

Ok, nak cuba....... mai lah.

Monday, August 3, 2009

Raja Berduri





Hi! malang sungguh si raja buah.  Tak de sapa nak petik.  Terpaksa menjatuhkan diri terhempas ke bumi.  Tak boleh nak masuk hotel.  Kalau masuk pun hanya kat parking area.

Pisang Mas






PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR
HUTANG BUDI DIBAWA MATI




I


PISANG TANDUK PISANG HELANG
TANDUK RUSA JADI HIASAN
PENAT BEKERJA TAK HILANG-HILANG
HASIL DAH JUAL BERTAN-TAN


ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA
WANG JUGA DIPANDANG ORANG
ORANG MEMBERI KITA MERASA
ADA WANG HATI PUN SENANG