Malam ini.....hampir separuh malam aku gunakan masa untuk mengkaji tentang penanaman tebu daripada web bicara jutawan. Banyak juga ilmu yang aku perolehi............. Orang lain dah advance tapi aku baru nak mula walaupun azam untuk menanam tebu dah lama tersemat kukuh. Namun aku percaya, aku masih belum terlambat. Yang penting kini aku telah memulakannya.
Petang semalam (12.12.09) selepas tebang pisang aku rehat sambil minum segelas teh ais di gerai berhampiran kebunku. Biasalah....... sambil minum, bersembanglah dengan orang-orang kampung. Tentang pisang, tentang petai, tentang tebu dan sesikit lain-lain hal. Memang sudah resam ku, apabila di kampung aku AKAN menjadi orang kampung secara total. Profesyen ku sebagai guru (Guru Cemerlang) dan Darjah Kebesaran Negeri yang ku miliki akan ku lindung disebalik resam itu. Namun panggilan 'cikgu' tetapTAK dapat dihindarkan. Memang sudah menjadi resam sejagat. ...........Adalah lebih kurang setengah jam. Lepas tu aku terus ke kebun ku yang satu lagi, cempaka triangle. Di situlah TAPAK projek tanaman tebu aku yang masih belum dapat dilaksanakan. Walaupun tak luas, tapi memadailah dengan kudrat ku yang ada.
Semoga ilmu yang aku dapat ini dapat aku realisasikan. Insya'Allah. Walaupun ku kira kurang tepat pepatah ini untuk ku gunakan tapi ada jugalah kaitannya serba sedikit.
Aku tak mau menjadi orang yang hanya
menamam tebu dihujung bibir.
Saturday, December 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment