Wednesday, December 9, 2009
Buluh rebung madu
Hari minggu lepas aku baru kesempatan menggali benih buluh rebung madu di rumah abang ipar aku. Dapatlah sepuluh perdu. Aku rasa banyak tu cukuplah untuk permulaan. Untuk aku buat sedikit research. Bimbang juga kalau tak terjaga walaupun orang kata penanaman buluh agak mudah. Namun sehingga hari ini dah empat ari, anak benih tu masih belum di tanam. Masih tercari-cari sudut mana yang sesuai dan tidak menganggu tanaman lain kerana buluh rebung ni dari jenis buluh yang agak besar. Mungkin berhampiran sungai kecil atau di kawasan berhampiran kolam ikan. Tempat-tempat tu lazimnya sentiasa lembab, jadi tak perlulah pengairan walaupun musim kemarau. Sesuailah dengan pepatah Melayu 'BAGAI AUR DENGAN TEBING'. Insya'Allah esok aku akan luangkan masa untuknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment