Saturday, January 7, 2017

Tebu Moris lagi.

Kejayaan tanaman tebu pusingan pertama 2009 telah memberi semangat untuk aku
mengusahakannya semula 2016 walaupun tanah itu telah menjadi hutan rimba
sejak ku tinggalkan selama tiga tahun.
Dengan pokok senduduk hampir sebesar lengan dan pokok mahang sebesar betis,
sedikit demi sedikit sejak april aku tebang, tebas dan bersihkan dengan kudrat yang ada setiap petang 
dan hujung minggu.
Alhamdulilah....... hampir satu ekar telah selesai dan sebahagiannya telah ku tanam tebu, durian belanda, pisang dan terung serentak.
Lebih kurang seekar lagi, Inshaa Allah aku akan usahakan selepas Ramadhan 2017 ini.  Untuk durian belanda dan diantaranya pisang dan pokok merkisa.  Inshaa Allah.  








Jalan Baru

Alhamdulilah......... jalan pertanian merentasi tanah banggol mas telah pun siap lebih
sebulan lalu.  Terima kasih kepada En. Zul yang mengusahkannya.  Aku hanya
membantu dengan memberi kebenaran jalan itu dibina merentasi tanah milik ku.










Thursday, April 10, 2014

Tanaman dan Makanan


TANAM  APA  YANG  DIMAKAN

MAKAN  APA  YANG  DITANAM


Thursday, March 13, 2014

" Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan": INFO MENGENAI RAKAN ALAM SEKITAR

" Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan": INFO MENGENAI RAKAN ALAM SEKITAR: Rakan Alam Sekitar (RAS) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Alam Sekitar di akhir Rancangan Malaysia Kesembilan ...





Program RAS ialah:
· pembersihan pantai;
· kitar semula buangan (termasuk E-waste);
· menanam pokok, membuat baja kompos;
· menghasilkan produk kraftangan dari bahan buangan;
· River Rangers;
· penggunaan EM (effective microorganism);
· kitar buangan minyak masak kepada sabun;
· Kem Kesedaran Alam Sekitar untuk ahli RAS dan;
· lain-lain program kesedaran dan pendidikan alam sekitar yang dijalankan oleh agensi-agensi di bawah NRE.

Tuesday, February 25, 2014

Durian Belanda / Benggala


Antara pokok durian belanda yang ditanam lebih sebulan yang lalu di Banggol Mas.
Kebetulan pula musim kemarau panjang.  Terpaksa siram dua hari sekali untuk 
selamatkannya.  Harap-harap terus hidup subur.



Baru dapat cara menyemai pokok durian belanda.
Dalam masa tiga minggu dah berdaun.
Hujung minggu ni akan dipindahkan ke polybag.
Dapat teknik ni dari blog rakan-rakan maya yang sama minat tapi
dah lupa blog mana.
Kebetulan tadi ada sahabat tanya teknik menyemai pokok ni.

Wednesday, February 5, 2014

Di balik sungai de Banggol Mas.




Satu lagi lokasi - perlukan pengorbanan, semangat dan kudrat yang jitu.
Di sebalik sungai de Banggol Mas.
Target menjelang Ramadhan perlu disiapkan.
Semoga dikurniakan Allah semangat, ketabahan dan kudrat.
Juga dikurniakan olehNya keberkatan atas segala usaha yang dilakukan.