Thursday, September 24, 2009

Serai Part 1

Di samping tanaman kekal, kelapa pandan dan Limau nipis serta pisang, aku juga ada tanam serai sebagai tanaman sampingan di ruang-ruang kosong, tapi taklah banyak.  Adalah dalam 100+ perdu.  Tanam serai ni mudah.  Tanam, senggara lebih kurang, tabur baja sikit - dah cukup untuknya membesar dengan gahnya.  Nak raya lepas dapatlah aku keluarkan dalam 70 kg siap cuci.  Jenuh juga aku nak mencucinya.  Tegeliat pinggang.  Tapi kerana ada permintaan aku kuatkan semangat, buat juga.  Sehari 2 jam je aku dapat buat.........dapatlah dalam 15 kg.  Walaupun tanam serai mudah (bukan mudah.com) TAPI ada dua perkara yang tak bestnya.  PROSES dan HARGANYA.  Proses, mak datuk oi.................harga tak bebaloi.  Harga sekilo antara 1.00 ke 1.20 (siap proses).  Kalau tak proses 0.50 - 0.70 je.   Agaknya berapa banyak peniaga tu untung.  Purata sebatang harga jual 0.10 - 0.15 dan sekilo ada dalam 50 batang.  Itulah nasib petani mikro.  Harga sekilo daging lembu sama dengan harga 20 kilo serai.  Nak buat rendang kalau tak de serai...............jadi apa ye.

CUTI RAYA 1430 H

Hampir setiap hari rutin hidupku hanya disekitar tiga lokasi saja.
Lokasi  1   -   SMKRP - melaksanakan kerja-kerja rasmi, kerjaya sebagai pendidik.
Lokasi  2   -   KebunKu-CEMPAKAMAS - Pisang, Limau Nipis, Kelapa Pandan, ikan, serai, kunyit, terung.
Lokasi  3   -   RUMAH - homework kerja rasmi, bersama keluarga, rekod kerja lokasi 2, suv internet dan TDO

Semalam dan hari ini sehari suntuk aku di KKCM.  Semalam aku meracun.  Siaplah lima tong.  Tapi sayangnya selesai tong ke lima HUJAN  turun.  rintik-rintik dan 1/2 jem lepas tu agak lebat hingga ke petang.  Kira oklah tu.  Tadi aku tengok MElayu jugalah rumput 2.  Hari ini aku lakukan kerja-kerja senggaraan.  Pokok pisang, limau nipis dan kelapa pandan.  Sambil  2 tanamlah beberapa pokok pisang baru.  Sebenarnya aku baru lepas baja pokok-pokok tu sebelum ramadhan lepas.  Baja lavar gunung berapi yang diimport dari Indonesia.  OK juga baja tu.   Limau nipis dah mula berbuah.  Bunganya cantik, putih dannnnn coooomel.  Pisang, sebenarnya dah masuk musim ke tiga tapi keadaan tetap subur nampak macam musim pertama juga.  Memang berkesan baja larva gunung berapi tu.  Harga baja tu boleh tahan juga.  Satu beg 25 kg, RM 37.00. Akhir tahun ni aku akan beli lagi baja tu.

Tuesday, September 22, 2009

Projek Akhir Tahun 2009

  



Tanah bekas bendang.  Keluasan - 3 ekar.  Projek tulang empat kerat aku hujung tahun ni.  Sebenarnya tanah ni dah aku usahakan mulai Jun 2008 (tengoklah tarikh tu).   Buat parit keliling, pagar dan bajak.  Lebih sebelah tangan juga aku habis.  Cuci kawasan, buat parit, buat kolam dan tebang pokok aku sewa es'tor swasta, bajak sewa dari LPP.  Lain-lain aku  buat sendiri - Pacak tiang pagar, pasang pagar dan kerja-kerja lain.  Setiap hari lepas balik daripada tugas rasmi di RP, aku terus tukar profesion.  4.00 hingga 6.00.  +-1/2 jam ke kebun di ulu.  Round kebun pisang dan bagi makan ikan. .  Dan +- 1 jam lagi, di sinilah aku.  Itulah masa yang ada kecuali hujung minggu.  Semangat dan azam aku cukup tinggi.  Tak padan dengan keadaan fizikal aku.(170 cm dan mtain 48 - 50 kg)

Waktu itu, aku cukup yakin dapat lakukannya sendiri.  Tengah okt, setelah selesai buat pagar aku mula buat batas.  Nak tanam terung.  Alhamdulilah, berjaya juga tapi tak banyaklah. Untuk semangat.( cerita tentang terung aku dah tulis sebelum ni).  Sambil tunggu pokok terung tu besar, aku buatlah batas lagi disamping kerja-kerja lain.  

Pendekkan cerita, aku akan mulakannya semula.  Projek 2008 bukan gagal tapi saja aku biarkan tapak tu ditumbuhi rumput semula.  Aku akan ternak kambing di tapak tu.

Saturday, September 19, 2009

SALAM IDIL FITRI

TAHNIAH....... DAN TERIMA KASIH KERANA ANDA FOLLOWER PERTAMA BLOG INI.


sila hubungi saya seberapa segera - di no. 016-5274595 atau zainalabdrahim@yahoo.com untuk cenderahati hari raya.

Terdapat 4 lagi cenderahati yang menanti.

Jutawan Tani 2015

Sempena 1 Syawal 1430 Hijrah ni,
aku berazam,
MENJELANG 2015
aku
MESTI BERGELAR JUTAWAN TANI.
INSYA'ALLAH.
dan
pada kalian doakanlah kejayaan aku