Saturday, January 7, 2017

Tebu Moris lagi.

Kejayaan tanaman tebu pusingan pertama 2009 telah memberi semangat untuk aku
mengusahakannya semula 2016 walaupun tanah itu telah menjadi hutan rimba
sejak ku tinggalkan selama tiga tahun.
Dengan pokok senduduk hampir sebesar lengan dan pokok mahang sebesar betis,
sedikit demi sedikit sejak april aku tebang, tebas dan bersihkan dengan kudrat yang ada setiap petang 
dan hujung minggu.
Alhamdulilah....... hampir satu ekar telah selesai dan sebahagiannya telah ku tanam tebu, durian belanda, pisang dan terung serentak.
Lebih kurang seekar lagi, Inshaa Allah aku akan usahakan selepas Ramadhan 2017 ini.  Untuk durian belanda dan diantaranya pisang dan pokok merkisa.  Inshaa Allah.  








Jalan Baru

Alhamdulilah......... jalan pertanian merentasi tanah banggol mas telah pun siap lebih
sebulan lalu.  Terima kasih kepada En. Zul yang mengusahkannya.  Aku hanya
membantu dengan memberi kebenaran jalan itu dibina merentasi tanah milik ku.