Thursday, September 24, 2009
Serai Part 1
Di samping tanaman kekal, kelapa pandan dan Limau nipis serta pisang, aku juga ada tanam serai sebagai tanaman sampingan di ruang-ruang kosong, tapi taklah banyak. Adalah dalam 100+ perdu. Tanam serai ni mudah. Tanam, senggara lebih kurang, tabur baja sikit - dah cukup untuknya membesar dengan gahnya. Nak raya lepas dapatlah aku keluarkan dalam 70 kg siap cuci. Jenuh juga aku nak mencucinya. Tegeliat pinggang. Tapi kerana ada permintaan aku kuatkan semangat, buat juga. Sehari 2 jam je aku dapat buat.........dapatlah dalam 15 kg. Walaupun tanam serai mudah (bukan mudah.com) TAPI ada dua perkara yang tak bestnya. PROSES dan HARGANYA. Proses, mak datuk oi.................harga tak bebaloi. Harga sekilo antara 1.00 ke 1.20 (siap proses). Kalau tak proses 0.50 - 0.70 je. Agaknya berapa banyak peniaga tu untung. Purata sebatang harga jual 0.10 - 0.15 dan sekilo ada dalam 50 batang. Itulah nasib petani mikro. Harga sekilo daging lembu sama dengan harga 20 kilo serai. Nak buat rendang kalau tak de serai...............jadi apa ye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment