Yang aku tau, cabai yang satu ini dipanggil dengan berbagai nama. Cili padi, cili api, cili kecil, cabai melaka, cabai burung.....nama ikut tempat atau ras...dan spesies yang latest sekali........cili semerah. Kenapa cili padi...sebab bentuknya macam padi.....lojik. Cili api pula......sebab pedasnya berapi-api.....lojik juga. Cili kecil.......laaaa....itu pun tak kan tak tau. kecil......cute!!. Cabai melaka pula macam mana.......itu pun sama, negeri Melaka kan kecil........ Haa....yang satu ini susah sikit. Cabai burung. Kenapa dinamakan cabai burung. Apa kaitannya dengan burung. Burung banyak jenis burung. Burung jenis yang mana????? Cuba kita sesuaikan dengan jenis burung yang kecil-kecil......burung serindit, burung tempua, burung ciak, burung cinta, burung kelicap.......... tak de klue.
Oorang kata,......susah tanam pokok cabai jenis tu. cerewit dan pokoknya manja. macam-macam pantang larang........tak boleh tempat panas.....hujan banyak pun tak sesuai.........tak baja tak boleh......baja pun tak boleh......... Satu hari aku pegi ke.................aku tengok ada pokok cabai tu. Ada beberapa pokok ... .... .....banyak juga lah tu. Aku tanyalah.........kat sini ..........boleh hidup subur dan lebat buahnya? Kat bawah pokok. Semak jugalah tempat tu. Kualiti buah kelas A+......... Ditanam ke pokok tu? Sapa yang tanam....? Dia jawab........ tumbuh sendiri.......... lagi heran......tapi kuasa Allah.......apa pun boleh jadi.......... Tapi lojiknya tentu ada benih yang jatuh kat sini. ..............................................Burung........apa?...................burunggggggg..............apa?............ Burung. Oooooooooo......itulah sebabnya dinamakan cabai burung.
Aku ada ge tanam pokok cabai ni, tapi taklah banyak. Mula-mula dulu tanam cara sistematik. buat batas dan tempat terbuka. Ada juga tanam kat polibag. Banyak juga aku tanam.........adalah dalam 100 pokok. OK pokok membesar dengan agak elok dan berbuah. Sampailah masa kutip hasil............ Lama juga nak perabih 100 pokok tu. Terbongkok-bongkok...........tertunduk-tunduk tengah panas. Cabai ni kena kutip masa panas/kemarau. Kalau musim hujan........pokoknya akan mati. ..............Petik punya petik, maka sampailah ke pokok terakhir. Lega rasanya..........kerja dah nak selesai. Lebih dua jam.........banyak ge hasilnya...........lebih sekilo Tapi..........aku fikir balik...........tanam 100 pokok..........kutip hasil lebih dua jam.......hasilnya dapatlah sekilo lebih.......... ya...........banyak tu. Nak guna sendiri............ Tak kan nak makan cabai berlaukkan nasi........... Aku jual...........dapatlah RM 15.00. Ok lah juga.......harga sekilo lebih kurang RM 12.00..................... Kalau satu hari dapat keluar 10 kg.........RM 120.00.............kalau 50kg..........12 X 50 kg ............RM600.00. ..................kira lagi...........100 pokok dapat RM 15.00 sehari. kira lagi hasil 100 pokok, 1.5kg.............50 kg ............100/1.5 x 50 = 3333 pokok. .............kira lagi...... 100 pokok..........2 jam...............3333 pokok....................3333/100 X 2 = 66.66 jam......kira lagi......... 66.66 jam / 24 = 2.7 hari. ............... kira lagi.............1 hari 2 jam boleh wat kerja tu.......66.66 jam berapa hari perlu spent utk kutib cabai...............66.66 jam / 2 jam sehari = 33.33 hari. Jadi untuk dapatkan 50 kg, aku perlukan masa selama 66.66 jam iaitu sama dengan 33.33 hari jika aku kerja 2 jam je sehari (itulah masa yang aku ada) ...........Mengambil masa LEBIH SEBULAN........... mungkin itu yang oorang kata susah dan cerewit........Ooooooooooo!!!!!!!!!
Sunday, October 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment