Jenis : Terung TaiwanMula tanam : Oktober 2008Jumlah pokok ditanam : 100 pokokJumlah tumbuh sihat : 70 pokok ( yang lain terkena penyakit, patah dipijak haiwan atau mati kerana kekurangan bekalan air)Kelebihan spesies terung taiwan : Warna, biasalah - purple. Panjang adalah 6 - 8 in. Ukurlilitnya tu yang buat orang gerammmmmmm. Rasanya pula lebih lazat dan manis.
Tanam terung ni seronok. Pat mana seronoknya tu? Bukan pat petik buah, kerana nak petik buah, tunggulah beberapa bulan kemudian. Tapi yang seronoknya apabila tengok pokok tu membesar dari sehari ke sehari. Daripada tiga helai daun dan batang besar batang mancis hinggalah berhelai-helai daunnya dan batang sebesar ibu jari kaki. Lagi satu pat yang seronoknya ialah, kambing tak makan daunnya. Maklumlah kebunku dipinggir kampung. Kambing orang kampung memanglah banyak. Siapa tak tau perangai kambing. Pat yang kita tanam tu, memanglah itu yang digemarinya. Kata orang saja dengki. Tapi kambing manalah ada 'mind'. Apa dia tau dan nak dengki. Cuma apa yang kita tanam tu memang sebahagian daripada makanan dia. Apa lagi, dia jumpa, bantai.....lah sampai tak tinggal tunggul. Pat hasilnya pula, sapa kata tak seronok. Walaupun cuma 70 pokok tapi kutip hasil seminggu dua atau tiga kali juga. Sekali petik adalah 10 - 12 kilo. Jual tolak dapatlah harga 2.50 sekilo. Selepas 3 bulan kutip hasil, aku kira berapa banyak hasil yang aku dapat - lebih kurang 200 kg. (x 2.50) . Lumayan juga tu. Kerja part-time dan jumlah ditanam tidaklah banyak. Sambil merumput, aku mulalah merancang. Nak cuba tanam 1000 pokok, walaupun tidak serentak. Lebih 10 kali ganda daripada hasil 70 pokok boleh ku perolehi. Akupun apa lagi......., tak tunggu lama. Buatlah batas baru kerana nak merealisasikan rancangan tu. Lagi pun pokok yang ada tu mula kelihatan uzur. Buahnya pun dah kurang besar. Mungkin dah tua agaknya. Siap buat batas, bubuhlah baja dan beberapa hari lepas tu tanamlah pokok baru. Pokok lama yang aku anggap dah uzur tu, aku cabut dan letak baja semula dibatasnya dan tanamlah sekali. Pokok baru aku tanam sebanyak 200 pokok. Dalam masa 4 bulan aku target bolehlah capai 1000 pokok. Terpaksa berdikit-dikit kerana aku ni degil. Nak juga buat kerja tu sendiri. Dalam pada tu kerja rasmi ku makin banyak. Terpaksa kerap keluar - out station. Biasanya tiap kali keluar, seminggu. Dalam sebulan ada dua kali. Apa nak buat.............................. Kejar-punya kejarrrrrr............. akhirnya tak terkejar juga. Pulun punya pulun.................... akhirnya tak terpulun juga. Insya'allah cuti sekolah hujung tahun ni aku akan usahakan lagi kebun terung aku tu. Target 1000 pokok akan tetap ku kekalkan. Kerana apa.............seronok tengok kambing asyik dok perati je pokok terung aku dulu tu. Cuba-cuba makan buah terung tu, gigit sikit lepas tu terbatuk-batuk. Bukan niat nak dengaki................. tapi................. nakkan hasil yang memuaskan daripada usaha sendiri. Doakan aku berjaya.
Monday, August 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment