Monday, August 10, 2009
Bermulanya Kisah Aku Sebagai Petani
Aku adalah seorang graduan sebuah universiti di selatan tanah air. Sebelum mengenggam selembar ijazah aku adalah seorang pendidik. Maka di kampus, gelaran untuk kami adalah mahasitua. Apa tidaknya kebanyakan pensyarah lebih muda dari kami. Tak mengapalah, kami (khususnya aku) seronok dengan gelaran itu. Kata orang 'tua-tua keladi, makin tua makin menjadi'. Selepas mendapat title graduan ( dengan ijazah sarjana muda teknologi dengan pendidikan - 1999) aku masih tetap seorang pendidik sehingga kini. Menjadi petani part-time ni bukan kerana meluat dengan profesyen, tetapi kerana minat. Terlalu minat dalam bidang pendidikan. Luaskanlah skop pendidikan. Lepas penat mendidik anak bangsa diwaktu pagi, petangnya mendidik pokok-pokoklah pula. Banyak nikmatnya mendidik pepokok ni. Berbudi pada tanah ni lagi banyak faedahnya. Sebenarnya dah lama aku ingin menceburi bidang pertanian ni. Dulu dah mula, tapi dapat tawaran jadi mahasitua. Jadi aku tinggallah dulu. Namun minat sedia ada tu tetap aku pupuk sepanjang masa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment