Tuesday, November 29, 2011

Alahai........Tebuku II







Alhamdulilah................setelah didandan lebih kurang sebulan,
tebu-tebu tu yang diserang anai-anai diperingkat awal pertumbuhannya
kelihatan telah hampir pulih.
Harap-harap teruslah tumbuh subur dan menghasilkan batang dan ruas
yang membuatkan diri rasa seronok melihatnya.
Insya'Allah.


Wednesday, November 9, 2011

Fatwa Cadangan Perdagangan Baja Najis Kelawar (Guano)

Fatwa Cadangan Perdagangan Baja Najis Kelawar (Guano):

'via Blog this'


FATWA

Fatwa Cadangan Perdagangan Baja Najis Kelawar (Guano)

Bahasa Asal
Melayu
Jumlah Pembaca
59
Negara Asal
Malaysia
Tarikh Isu
2010-06-08
Tahun
2010
Pengarang
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
Rujukan
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-cadangan-perdagangan-baja-najis-kelawar-guano
Sumber Fatwa
Negeri di Malaysia
Keputusan: 

Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 8 Jun 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.

Alhamdullillah fatwanya :

"Memproses dan membekalkan baja organik yang terdiri daripada najis kelawar (Guano) adalah harus mengikut hukum syara' "

Tuesday, November 8, 2011

Tebu, Baja, Racun Rumpai dan Durian Raja Kunyit

Hari ini, selasa 8/11......cuti sempena Hari Raya Aidil Adha(6/11).  Seperti biasa, pastinya akan sehari suntuklah aku di KKCM.  Lebih kurang 9.30 aku sampai.  Dan seperti biasa juga.......sebelum turun kereta dan memulakan kerja aku membaca akhbar terlebih dahulu sambil mendengar lagu atau apa-apa hebahan dari corong siaran Klasik Nasional.  Selak-selak lebih kurang dan baca tajuk-tajuk je.  Bacalah sikit berita utama dan satu dua yang lain.  Sepintas lalu.  Setakat untuk tau.  10 minit memadai dan yang lainnya akan ku baca waktu malam nanti.

Sekurang-kurangnya tiga lirai lubang untuk tebu mesti aku siapkan hari ini.  Jika lebih......bonuslah itu.  Sebahagian daripada daun-daun tebu di lot sedia ada mesti aku buang disamping mencantas tunas-tunas baru yang terlalu banyak dan kurang bernas.  Juga memeriksa dan membetulkan pagar mana-mana yang perlu.  Begitulah aku berkira-kira sambil mengenakan boot getah ......banyak juga kerja yang mesti aku siapkan.  Tak mengapalah......alon-alon kata orang Jawa.  Sambil santai.  Letih menggali lubang untuk tebu.......gi buang daun tebu atau round periksa pagar.  Agak-agak dah ok.......sambung lagi gali lubang untuk tebu.  Begitulah lebih kurang cara kerja yang aku amalkan.  Maklumlah semuanya mesti DIY.  Tapi nasib baik aku ni agak kreatif sikit.  Cipta teknologi sendiri untuk memudahkan urusan........teknologi C&T-4K.  Jadi taklah terbeban sangat badan.

Belumpun aku memulakan kerja, tiba-tiba berhenti dua buah motosikal berhampiran kancilku.  Seorang tu memang aku kenal.......En. Noh......orang kampung tu.  Seorang lagi tu....... sapa...... rasanya biasa jumpa, tapi bila dan di mana.  Salam berjawab dan jabat bersambut.  ............En Elias...... Ooooo taulah aku siapa.  Pegawai Pertanian.  Tiga tahun lepas aku ada berjumpa dengannya.  Sembang-sembang sikit sambil tengok pokok kelapa dan pisang yang ku tanam di tanah di ulu.  Seminggu lepas tu dia call dan bagi anak pisang berangan tisu kultur. Tapi semuanya dah menjadi habuan kambing setelah ku tanam dan didik selama lebih kurang dua bulan.  Apa nak buat........ terasa segan nak jumpa lagi dengan En Elias.  Gagal dan musnah seemuanya.

Kali ini dia datang, sembang tentang tebu.  Mungkin En. Noh dah cerita serba sedikit perancangan aku yang sebenarnya masih agak kurang pasti lagi.  Maklumlah bukan senang berurusan dengan pokok tebu.  Perlukan tumpuan dan usaha berterusan.  Buang daun, timbun perdu, baja, racun rumpai, racun perosak, pacak tiang dan tarik dawai/buluh untuk elakkan dari rebah.  Terdayakah aku untuk keluasan lebih kurang tiga ekar dengan lebih kurang 6000 perdu.  ...............INSYA'ALLAH.........SEMOGA AKU DIBERI KESIHATAN, KETABAHAN, KELAPANGAN DAN KEKUATAN UNTUKNYA.

Dan anak durian raja kunyit juga akan menyusul bersamanya.

Saturday, November 5, 2011

Kawalan Serangga: Racun Basmi Serangga Perosak Jenis Premise SC 200

Kawalan Serangga: Racun Basmi Serangga Perosak Jenis Premise SC 200: Terdapat banyak jenis racun serangga perosak yang digunakan untuk mengawal serangga. Salah satu racun serangga yang digunakan untuk membasmi...

Wednesday, November 2, 2011

Alahai........Tebu ku










Alahai tebu-tebu ku.......
Sepatutnya lebih subur dan dan mula berbatang.....

Nak kata tak berbaja......sepanjang 3 bulan ni dah dua kali aku lakukannya.  Atau terkena percikan racun rumpai.  Maalumlah  kerana nak cepat tu hari aku racun guna power spray.

Rupanya anai-anai.......

Dua bulan bertungkus lumus (Ogos dan September) menggunakan teknologi cangkul.  Buat lubang satu demi satu.  Penat.......berhenti kejap......sambung lagi.  Sepetang.....lepas waktu kerja, dapatlah beberapa lubang.  Bulan puasa plaknya tu.  Siap 3 ke 4 lajur, letak benih.  Ada yang dirawat dan ada yang tidak, tapi lebih banyak yang tidak dirawat.    Dapatlah 24 lajur dan tiap lajur 25 lubang.  600 lubang semuanya.  
Penuh keluasan lebar tanah.
Itulah akibatnya kerana terlalu exaited.  Maklumlah dalam bulan puasa.  Tebu sedia ada agak laris.  Berazamlah nak tanam sekali ganda lagi.  Maka pokok pisang yang kurang menjadi aku ganti dengan tebu.

Tamak dan bongkakkah aku!!!!!!!! Dan Tuhan memang tak suka orang yang tamak dan bongkak.
Aku harap tidak......kerana azamku memang untuk berjaya dibidang ini. Dan mungkin juga kegigihan aku berusaha  belum lagi cukup untuk aku lebih berjaya.

Insya’Allah .......... akan aku 'dandan' dan sulam semula dan semoga mendapat keizinan Allah Azawajalla.

Waduh.....Kebunku!





Waduh-waduh.......kebunku!!!!!
Kenapa boleh begini jadinya.  Cepat sungguh rerumput semak tu memenuhi ruang.
Lain yang dibaja, lain pulak yang tumbuh subur.
Aahhhh.....ini adalah proses merehatkan tanah sebelum penanaman semula pisang.



Kelapa matag dah mula belajar berbuah setelah lebih kurang hampir empat tahun.







 Ok dah....... bolehlah start gali lubang untuk pisang mulai November ni.


Thursday, September 29, 2011

Kahwa 2


Inilah kaedah memetik daun kahwa yang saya amalkan.  Helaian daun yang tumbuh bertentangan di dahan
dipetik secara bersilang.  Tujuannya untuk menggalakkan pertumbuhan dahan baru daripada mata tunas di bahagian daun yang dipetik.  Diharapkan juga agar dahan akan tumbuh secara bersilang.  Helaian daun yang tinggal akan dipetik apabila dahan telah tumbuh di mata tunas bertentangan.


Ini pula kaedah yang saya gunakan untuk mengeringkan daun kahwa.
Benang nylon dan jarum digunakan dan daun direntang ditempat berbumbung yang
mempunyai peredaran udara yang baik.  Tujuannya agar daun  mengering perlahan-lahan.
Ini juga untuk menghilangkan rasa dan bau daun pada minuman yang dihidangkan.


Daun-daun kahwa yang telah cukup kering dan sesuai dikisar menjadi serbuk teh.

Wednesday, September 14, 2011

Salam Merdeka - Gemilang 54





1 Malaysia
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera


Sunday, July 31, 2011

Kahwa









Tentang pokok kahwa ni, admin memang tidak mempunyai banyak maklumat mengenainya.
Admin mengenalinya pun sejak bermastuatin di Perak.  Pokok kahwa ni jenis berbatang keras macam pokok kopi. Daun dan buahnya juga hampir sama. La ni adalah tanam - Mac 2010.
Dua pokok je (gambar 3).  Satu minta dengan abang sepupu wife dan satu lagi, kenalan bagi.
Sepokok berdaun hijau terang dan sepokok lagi hijau kekuningan.
Bulan Januari lepas, pokok yang berdaun hijau terang tu mula berbunga.  Juga macam bunga kopi.  
Putih dan lima kelopak.  Jadilah buah beberapa biji.  Lebih kurang 6 bulan baru buah tu masak.

Orang-orang dulu gunakan daun pokok kahwa ni sebagai teh. Sedap..... dulu kali pertama rasa......admin terus sukannya.  Sebab tu admin tanam, walaupun hanya dua pokok...... cukuplah untuk
kegunaan sendiri.  Buah yang dah matang tu, admin akan semai untuk tambah bilangan pokok yang ada.
La ni nampak banyak juga putik.  Kecil lagi, saiz kepala jarum peniti.  Moga-moga terus membesar.
Admin percaya dan yakin teh kahwa ni mempunyai kelebihan berbanding teh-teh lain yang ada dipasaran.

Tebu Moris II





Hari ini, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.  Baru sebentar tadi diumumkan
oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, esok 1 Ramadhan.  Seluruh umat Islam akan mula
menunaikan satu lagi kewajipan iaitu ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan.
Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Illahi kerana kita semua diketemukan lagi dengan bulan
yang mulia dan penuh kerahmatan.  Sama-sama sekali lagi kita berpeluang menggandakan amalan 
disamping menunaikan ibadah puasa dan menikmati keistimewaan bulan yang mulia ini.
Insya'Allah...... semoga kita semua diberi kekuatan untuk merebut peluang dengan
melaksanakan apa yang dituntut sama ada yang fardu atau sunat dengan sesempurna mungkin. 

Dan seperti lazimnya............................... Alhamdulilah...... KKCM pada tahun ini telah ...........
Semoga hasil dan rezeki yang dikurniakan melalui KKCM ini sedikit sebanyak dapat
menyumbang kepada keperluan umat dalam menyemarakkan lagi Ramadhan Al-Mubarak selain
dapat membuka peluang rezeki.
Semoga segalanya diterima oleh Allah S.W.T sebagai ibadah dan juga beroleh keberkatan dariNya.
Amin.....

Sunday, June 12, 2011

BEKALAN PISANG


SEDIA MEMBEKALKAN 
PELBAGAI JENIS PISANG


PISANG MAS
PISANG RASTALI
PISANG BERANGAN
PISANG NANGKA
PISANG NIPAH
PISANG AWAK (L)
PISANG AWAK (B)

LOKASI :  BATU KURAU, PERAK


HARGA BERPATUTAN
DAN
BEKALAN BERTERUSAN


BERMINAT HUBUNGI ADMIN 
016 5274595
019 5279930

Pisang apakah ini

Itu hari waktu menghantar pisang ke pusat pengumpulan (peraih),
admin terpandaang sejenis pisang
yang agak unik bentuknya.  Menurut seorang pemisang yang ada di situ, 
pisang itu adalah Pisang Potek


Itulah adanya.

Sunday, June 5, 2011

Rekod-rekod KKCM


Saiz Tebu Moris

 

Pisang Tanduk dan Pisang Helang


Pisang Raja
( Berat 45 kg setandan - waktu jual )


Berat sebatang tebu moriss


Saiz ikan tilipia ketika berusia 6 bulan.