Hari ini, selasa 8/11......cuti sempena Hari Raya Aidil Adha(6/11). Seperti biasa, pastinya akan sehari suntuklah aku di KKCM. Lebih kurang 9.30 aku sampai. Dan seperti biasa juga.......sebelum turun kereta dan memulakan kerja aku membaca akhbar terlebih dahulu sambil mendengar lagu atau apa-apa hebahan dari corong siaran Klasik Nasional. Selak-selak lebih kurang dan baca tajuk-tajuk je. Bacalah sikit berita utama dan satu dua yang lain. Sepintas lalu. Setakat untuk tau. 10 minit memadai dan yang lainnya akan ku baca waktu malam nanti.
Sekurang-kurangnya tiga lirai lubang untuk tebu mesti aku siapkan hari ini. Jika lebih......bonuslah itu. Sebahagian daripada daun-daun tebu di lot sedia ada mesti aku buang disamping mencantas tunas-tunas baru yang terlalu banyak dan kurang bernas. Juga memeriksa dan membetulkan pagar mana-mana yang perlu. Begitulah aku berkira-kira sambil mengenakan boot getah ......banyak juga kerja yang mesti aku siapkan. Tak mengapalah......alon-alon kata orang Jawa. Sambil santai. Letih menggali lubang untuk tebu.......gi buang daun tebu atau round periksa pagar. Agak-agak dah ok.......sambung lagi gali lubang untuk tebu. Begitulah lebih kurang cara kerja yang aku amalkan. Maklumlah semuanya mesti DIY. Tapi nasib baik aku ni agak kreatif sikit. Cipta teknologi sendiri untuk memudahkan urusan........teknologi C&T-4K. Jadi taklah terbeban sangat badan.
Belumpun aku memulakan kerja, tiba-tiba berhenti dua buah motosikal berhampiran kancilku. Seorang tu memang aku kenal.......En. Noh......orang kampung tu. Seorang lagi tu....... sapa...... rasanya biasa jumpa, tapi bila dan di mana. Salam berjawab dan jabat bersambut. ............En Elias...... Ooooo taulah aku siapa. Pegawai Pertanian. Tiga tahun lepas aku ada berjumpa dengannya. Sembang-sembang sikit sambil tengok pokok kelapa dan pisang yang ku tanam di tanah di ulu. Seminggu lepas tu dia call dan bagi anak pisang berangan tisu kultur. Tapi semuanya dah menjadi habuan kambing setelah ku tanam dan didik selama lebih kurang dua bulan. Apa nak buat........ terasa segan nak jumpa lagi dengan En Elias. Gagal dan musnah seemuanya.
Kali ini dia datang, sembang tentang tebu. Mungkin En. Noh dah cerita serba sedikit perancangan aku yang sebenarnya masih agak kurang pasti lagi. Maklumlah bukan senang berurusan dengan pokok tebu. Perlukan tumpuan dan usaha berterusan. Buang daun, timbun perdu, baja, racun rumpai, racun perosak, pacak tiang dan tarik dawai/buluh untuk elakkan dari rebah. Terdayakah aku untuk keluasan lebih kurang tiga ekar dengan lebih kurang 6000 perdu. ...............INSYA'ALLAH.........SEMOGA AKU DIBERI KESIHATAN, KETABAHAN, KELAPANGAN DAN KEKUATAN UNTUKNYA.
Dan anak durian raja kunyit juga akan menyusul bersamanya.
Tuesday, November 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment