Hari ini, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah. Baru sebentar tadi diumumkan
oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, esok 1 Ramadhan. Seluruh umat Islam akan mula
menunaikan satu lagi kewajipan iaitu ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan.
Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Illahi kerana kita semua diketemukan lagi dengan bulan
yang mulia dan penuh kerahmatan. Sama-sama sekali lagi kita berpeluang menggandakan amalan
disamping menunaikan ibadah puasa dan menikmati keistimewaan bulan yang mulia ini.
Insya'Allah...... semoga kita semua diberi kekuatan untuk merebut peluang dengan
melaksanakan apa yang dituntut sama ada yang fardu atau sunat dengan sesempurna mungkin.
Dan seperti lazimnya............................... Alhamdulilah...... KKCM pada tahun ini telah ...........
Semoga hasil dan rezeki yang dikurniakan melalui KKCM ini sedikit sebanyak dapat
menyumbang kepada keperluan umat dalam menyemarakkan lagi Ramadhan Al-Mubarak selain
dapat membuka peluang rezeki.
Semoga segalanya diterima oleh Allah S.W.T sebagai ibadah dan juga beroleh keberkatan dariNya.
Amin.....
No comments:
Post a Comment