Thursday, November 22, 2012

Durian Lagi



(hidangan admin malam ni, hingga 3 pagi.  Seulas demi seulas sambil menonton TV)

Durian lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Musim ketiga dan terakhir untuk 2012 di Batu Kurau.
Musim seterusnya pula akan menyusul - Januari atau Februari 2013.
Itulah........ rezeki yang Allah limpahkan kepada kita, tak pernah berkurangan.  Cukup
dan sentiasa berterusan.  Bukan durian sahaja pada musim ini.  Rambutan, manggis dan
buah-buahan yang lain.
Berkunjunglah ke Batu Kurau.  Deretan gerai buah di tepi jalan sentiasa
mengalu-alukan kedatangan anda.
Pilihlah buah apa yang anda suka.  Belilah berapa banyak yang anda mampu.
Harga jangan bimbang.  Berpatutan dan sesuai dengan
kesegarannya terus dari ladang.
Bagi yang ada adik beradik dan sanak saudara di Batu Kurau, jangan malu-malu........datanglah.
Petiklah dan pungutlah sendiri bebuahan tu di dusun.
Bertepatan pula dengan cuti akhir tahun persekolahan.  Bawalah anak-anak pulang ke kampung
sambil berkenal mesra mengeratkan silaratul rohim dengan saudara mara yang ada.
Mereka sentiasa mengalu-alukan kehadiran/kepulangan anda.
Sesungguhnya rezeki yang tuhan beri ini adalah untuk kita bersama.

Wednesday, October 17, 2012

Wednesday, June 27, 2012

Teh Kahwa plus Pemanis Stevia

Produk keluaran terhad KKCM







Bagi orang-orang Taiping khususnya yang tinggal sekitar Batu Kurau, pasti mengenalinya (kecuali golongan muda dan kanak-kanak).  Teh Kahwa.  Sering menjadi hidangan mereka waktu dulu-dulu.  Penyediaannya dilakukan secara konvensional/tradisional.  Petik daun, keringkan dan setelah kering, ramas-ramas dan tuang air panas. Terhasillah teh O.  Aromanya ......... sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata atau penulisan.  Tambah gula sedikit.  Nikmat dan menyegarkan.  Tidak berangin, kata orang tua-tua.  Disamping sebagai ubat dan mencegah berbagai penyakit.  Kencing manis, darah tinggi, jantung, batu karang.  Dulu, waktu kerja bendang atau ke bukit (kebun) mereka sentiasa berbekalkan air ini.

Amalan orang dulu-dulu, walaupun tanpa kajian saintifik tapi terbukti serta amat meyakinkan keberkesanannya.  Namun begitu, itu semua terabai.  Penemuan dan terdapatnya berbagai minuman dipasaran, lebih mudah disediakan, murah dan berperisa lazat menjadikannya terus terabai dan terhindar.  Pokok-pokok kahwa yang dulunya banyak tumbuh atau ditanam dikeliling rumah terbiar, mati atau ditebang untuk digantikan dengan tanaman lain.  Bagi kebanyakkan mereka, semua itu telah menjadi kenangan.  Hanya akan diceritakan semula jika ada orang datang bertanya.  Ceritanya sama sama ada oleh orang tua-tua lewat 70 an, 60 an, 50 an atau 40 an.  Waktu ini, walaunya pokoknya masih ada tapi tidaklah banyak.  Satu atau dua pokok di halaman rumah-rumah tertentu.  Dan pastinya pengamal minuman teh kahwa ini adalah golongan orang tua-tua berumur lebih 70 an.


Kajian saintifik ke atas sampel tulin teh ini oleh sebuah makmal di Shah Alam, mendapati teh ini mempunyai kandungan kalori yang tinggi disamping karbohidrat, protin dan lemak (344, 63.6,15.1 dan 3.2).

Monday, June 25, 2012

Durian Istimewa - Durian Rahsia.







 Musim durian kembali lagi dan gambar tertera adalah durian yang terdapat
di KKCM.  Agak ok musim kali ini.  Alhamdulilah.
Khabarnya musim kali ini tidaklah merata di seluruh Batu Kurau.  Mula luruh sebulan sebelum Ramadhan.
Terdapat beberapa lapis dan dijangka musim kali ini akan berlarutan sehingga
selepas Hari Raya Aidil Fitri.
Bagi peminat-peminat durian Batu Kurau, khususnya durian dari kawasaan Sempeneh,
janganlah lepaskan peluang.  Umum telah maklum, durian dari kawasaan ini adalah
antara yang terbaik di Malaysia.

Ramai peniaga durian menjual sekali nama Batu Kurau bersama jualan durian mereka
walaupun durian yang dijual bukan dari Batu Kurau.  Boleh dikatakan durian Batu Kurau
sepanjang masa berada dipasaran khususnya di kawasan-kawasan tengah Semenanjung
walaupun pada ketika itu tiada pun musim durian di Batu Kurau.

Gah sungguh durian Batu Kurau.  Ramai pembeli tertipu kerananya.  Tapi bagi orang-orang
Batu Kurau sama ada yang menetap di dalam kawasan atau di luar kawasan, tak mungkin
penipuan ini akan berlaku ke atas dirinya.  
Tanpa perlu merasa, dengan aromanya sahaja sudah cukup untuk mereka kenal.

Tapi sayang.  Tidak ada satupun jenama durian yang benar-benar istimewa dari Batu Kurau.
Macam 'Musang King', asal dari Gua Musang.
Admin pasti, daripada ratusan ribu pokok durian di Batu Kurau ini, sekurang-kurangnya
mesti ada ratusan pokok yang menghasilkan buah yang istimewa.  Kenapa tidak dilakukan sesuatu.
Sekurang-kurangnya untuk mendapatkan harga yang juga istimewa.
Durian istimewa, harganya juga mesti istimewa.  Ratusan RM sebiji.

Seingat admin, beberapa tahun dulu admin pernah terbeli durian yang
admin rasa sangat istimewa.  Teringat-ingat aroma dan rasanya hingga sekarang.
Admin ingat lagi penjualnya dan memangpun admin biasa sangat dengannya,  
Setiap musim durian admin pasti tanya pada penjual tu.
Tapi tiada jawapan yang meyakinkan.
Admin yakin, durian itu adalah antara durian terbaik yang terdapat di Batu Kurau kerana
harga yang ditawarkan pada admin lebih daripada durian-durian lain.

Itulah.  Kenapa perlu kita rahsia.

Monday, April 23, 2012

Friday, April 20, 2012

Pisang Jelai.



Pisang Jelai
Semalam 19 April, cuti bagi negeri Perak.  Hari Ulang Tahun DYMM Sultan.  Seperti lazimnya, sehari suntuklah aku menguruskan KKCM.  Walaupun letih. tapi rasa puas dan seronok tika berada dikebun.  Tebang pisang, buang anak dan daun pisang.  Dapatlah dalam 30 tandan.  Mas, Rastali, Raja, Awak Legor dan Awak Biji.  Dah masuk pusingan ke empat.  Tandan-tandan yang ada tidaklah begitu besar.  Lagipun pisang-pisang tu memang aku kurang jaga.  Tumpuanku lebih pada tebu.

Waktu hantar pisang pada peraih, aku tertarik dengan sejenis pisang yang ada disitu.  Tandannya panjang.  Macam pisang berangan, tapi lebih besar dan panjang.  Dibandingkan dengan pisang nangka pulak, pisang tu agak kecil dan pendek.  Pisang montel pun.......bukan.    

Keistimewaan pisang tu........ boleh makan mentah.  Kata Cina pemborong pisang yang ada kat situ,  isi kuning saja......boleh makan walaupun masih keras lagi.  Rasanya......... macam rasa pisanglah katanya.

Sunday, April 15, 2012

Tebu ku 4






Gambar ini diambil pada Februari yang lalu, lebih kurang umur 6 bulan.  Tebu-tebu ni diserang anai-anai diperingkat 3  bulan pertama pertumbuhannya.  Nampak OK dah tapi proses pembesarannya lambat dan saiz batang agak kecil.





Asam Gelugur


Putik Buah asam gelugur
Macam putik manggis.
Bunga Asam Gelugur
Orang kata bunga asam gelugur ni sedap.  Aku tak pernah cuba.  masammmmmmmm.

Pucuk pokok asam gelugur

Pucuk pokok asam gelugur ni boeh dimakan.  Rasanya masam.
Bunga asam gelugur

Pokok asam gelugur
Buah Asam Gelugur yang telah masak ranum

Asam gelugur ni adalah antara pokok yang terdapat di KKCM.  Arwah Pak mertuan yang tanam.  Mungkin dalam 15 tahun yang lalu.  Tahun lepas mula berbuah.  Tak sedar.......orang lain cerita.......dah besar dan hampir masak pun.   Gambar-gambar ni aku ambil lebih kurang sebulan yang lalu.  Ada baru berbunga, putik dan sedang membesar.  

Sebenarnya aku mula kenal pokok ni sejak aku berpindah ke Perak.  di kampung (Johor) memang tak ada pokok ni. 

Semua bahagian buah ini boleh dimakan.  Kelopak buah (bunga) dan putik  sangat digemari oleh wanita muda.  'cecah' atau 'colek' dengan cabai melaka yang dicampur kicap dan gula atau belacan dan gula.  Telioq orang kata.

Sebelum diguna, buah yang masak/matang dipotong nipis ( 1 hn ) dan dijemur kering.  Produknya tetap dipanggil asam gelugur.  Ada juga orang panggil 'asam keping'.  Digunakan sebagai ramuan masakan.  Juga digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan ketika mencucinya sebelum dimasak.  Selain itu, buah ini juga boleh dijadikan makanan ringan setelah melalui proses tertentu bagi mengurangkan rasa masam yang kuat.

Begitulah resamnya.  Apa pokokpun yang kita tanam, sebenarnya bukan untuk kita.  Untuk waris-waris dan orang-orang lain selepas kita.  Insya'Allah selagi ada makhluk yang memperoleh manafaat daripadanya, adalah ganjaran untuk kita.  Al-Fatihah untuk beliau dan juga tuk nenek yang mula-mula berhempas pulas membuka tanah KKCM ini.  Al-Fatihah....

Saturday, January 28, 2012

Alahai....... Tebu ku 3

"Lepas ni, abang jangan susah hati......... semua tebu abang saya angkat........" katanya sambil menekan kalkuleter untuk mengira jumlah berat tebu yang baru ditimbang.

"Hari bila abang senang.....kasi potong.......belakang call saya......saya akan datang ambil" katanya lagi.

"Satu minggu saya mesti dapatkan paling kurang dua ton....... pusing-pusing cari.  Penang, Kedah, Selangor"

".........jauh punya tempat....... angkat lebih.  Dekat punya tempat, 500 kilo ok"

"Susah jual......bukan tidak boleh jual, tapi abang belum jumpa orang beli lagi"

"Saya sudah 20 tahun jual air tebu.  Mula umur 11 tahun.......tolong emak........ lepas sekolah, cuti sekolah"

"Habis sekolah..... sekolahpun tak pandai.......terus jual air tebu........belakang, ambil lesen.......beli van.....jual sendiri"


Lega juga rasanya.  Tebu-tebu yang aku tanam telah ada pembeli tetap.

Sebenarnya aku telahpun beli sebuah mesin tebu. RM 1 500.00.  Habis sebahagian bonus disember tu hari.  Sambil niat untuk membantu.  Berkongsi rahmat yang Tuhan beri.   Namun, nak jual sendiri....... memang aku tak mampu kerana kekangan masa dan tugas rasmi yang tak mengizinkan.  Offer pada orang-orang kg yang aku kenali.  Aku bagi mesin dan peralatan yang diperlukan. Tebu....... aku bekalkan.  Cuma potong sendiri dan jual sahaja.  Sebulan aku tunggu tapi tiada yang respon.

"Banyak senang jual air tebu.......... mesti laku punya......hari-hari   saya boleh jual  200 - 300 kg.  Kalau cuaca bagus...... 400 kg"

Secara automatik otak aku mengira.  satu kg boleh dapat 2 gelas.........satu gelas RM 1.00. ............300 kg   .........600 gelas = RM 600.00 / atau paling kurang RM 500.00.  tolak kos tebu, air batu, gelas, plastik, minyak, sewa tapak, gaji, lain-lain = RM 350.00.  Bersih satu hari dalam RM 200.00.

........menyamai gaji DG 52 tu.......