Putik Buah asam gelugur Macam putik manggis. |
Bunga Asam Gelugur Orang kata bunga asam gelugur ni sedap. Aku tak pernah cuba. masammmmmmmm. |
Pucuk pokok asam gelugur Pucuk pokok asam gelugur ni boeh dimakan. Rasanya masam. |
Bunga asam gelugur |
Pokok asam gelugur |
Buah Asam Gelugur yang telah masak ranum |
Asam gelugur ni adalah antara pokok yang terdapat di KKCM. Arwah Pak mertuan yang tanam. Mungkin dalam 15 tahun yang lalu. Tahun lepas mula berbuah. Tak sedar.......orang lain cerita.......dah besar dan hampir masak pun. Gambar-gambar ni aku ambil lebih kurang sebulan yang lalu. Ada baru berbunga, putik dan sedang membesar.
Sebenarnya aku mula kenal pokok ni sejak aku berpindah ke Perak. di kampung (Johor) memang tak ada pokok ni.
Semua bahagian buah ini boleh dimakan. Kelopak buah (bunga) dan putik sangat digemari oleh wanita muda. 'cecah' atau 'colek' dengan cabai melaka yang dicampur kicap dan gula atau belacan dan gula. Telioq orang kata.
Sebelum diguna, buah yang masak/matang dipotong nipis ( 1 hn ) dan dijemur kering. Produknya tetap dipanggil asam gelugur. Ada juga orang panggil 'asam keping'. Digunakan sebagai ramuan masakan. Juga digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan ketika mencucinya sebelum dimasak. Selain itu, buah ini juga boleh dijadikan makanan ringan setelah melalui proses tertentu bagi mengurangkan rasa masam yang kuat.
Begitulah resamnya. Apa pokokpun yang kita tanam, sebenarnya bukan untuk kita. Untuk waris-waris dan orang-orang lain selepas kita. Insya'Allah selagi ada makhluk yang memperoleh manafaat daripadanya, adalah ganjaran untuk kita. Al-Fatihah untuk beliau dan juga tuk nenek yang mula-mula berhempas pulas membuka tanah KKCM ini. Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment