Semalam ada seorang sahabat datang menemuiku. Sahabat seprofesyen. Maka bersembanglah kami tentang berbagai hal. Profesyen, aktiviti, pengalaman dan sebagainya. Tentang aktiviti, -tentu sekali pertanian. Dia juga mempunyai usaha pertaniannya sendiri. Malah lebih hebat dan lebih senior daripada usaha yang ku lakukan. Ya......itu yang utama dan disembangkan dengan panjang lebar. Satu daripadanya adalah kelapa mataq.
Berkaitan dengan mataq ni, aku rasa tidak ada petani yang tak ingin memilikinya, walau hanya sekadar sepokok. Terlahir rasa geram apabila melihat pokoknya. Sedari usia 2 ke 3 tahun. Nampak gagah dan perkasa pokoknya (sesuai ke istilah tu) Apa lagi pokok yang telah berbuah.......... lebat. Berbondong membalut pangkal pelapah. Buahnya besar, airnya manis dan isinya tebal. Sesuai untuk makan muda atau untuk santan bagi yang telah matang. GERAMNYA AKU.
Monday, June 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment