Sebenarnya sedari kecil aku memang tak pernah berurusan dengan durian kecuali memakan buahnya jer. Di tempat asalku, bukan kawasan dusun. Pokok getah dan rumbia tu banyaklah. Itupun orang punya. Keluargaku memang tak bertanah........ kecuali tapak rumah dan sedikit di belakang rumah. Lebih kurang seekar.
Sebenarnya dh dua musim aku berurusan dengan durian....... tapi taklah segembira musim ini. Musim-musim lepas aku hanya diamanahkan menjaga durian milik ipar-iparku. Kebetulan aku memang mengusahakan tanaman pisang di tanah itu. Tapi musim ini....... aku punya. Tanah yang ku beli sendiri (walaupun belum habis bayar lagi)....... Banggol Sebelah. Azamku untuk memiliki tanah sendiri yang pertama (walaupun tak lah luas mana - memadailah) tercapai jua akhirnya. Syukur Alhamdulilah. Minatku dibidang pertanian. Terasa seksa tanpa tanah milik sendiri.
Tujuh tahun selepas aku menggengam segulung ijazah, masa luangku, ku curahkan sepenuhnya untuk aktiviti S. Bermacam kerja aku buat dan berbagai aktiviti aku laksanakan. Wang ringgit tanpa ku kisah mencurah-curah keluar. Kepuasan kerja yang ku buru........ Kejayaan dan hasilnya walaupun bukan dalam bentuk wang tapi aku amat bersyukur dan bangga dengan kejayaan itu. Sebutir Pingat anugerah KeBawah Duli Tuanku Sultan Perak (AMP), hasil kerja terpamer di Galeri Baginda Tuanku, Galeri Sultan Azlan Shah, tertera di Malaysia Book of Records, tersiar di Majalah 3 serta perlantikan dalam perjawatan yang lebih baik. Aku kira...... walaupun taklah besar mana sumbanganku....... tapi itulah keikhlasan dan didikasi. Amat penting dalam apa jua urusan yang kita laksanakan. Syukur Alhamdulilah.
Kini, azamku untuk berjaya di bidang yang telah lama ku idamkan untuk mengusahakannya. Pertanian. Tak kiralah dalam genere apa. Tanaman atau ternakan. Walaupun hanya mengusahakannya secara konvensional. Dengan tulang empat kerat dan memerah kudrat. Iya....... selagi terdaya. Doakan kejayaan ku.
No comments:
Post a Comment