Monday, June 28, 2010

Transformasi

Semalam ada seorang sahabat datang menemuiku.  Sahabat seprofesyen.  Maka bersembanglah kami tentang berbagai hal.  Profesyen, aktiviti, pengalaman dan sebagainya.  Tentang aktiviti, -tentu sekali pertanian.  Dia juga mempunyai usaha pertaniannya sendiri.  Malah lebih hebat dan lebih senior daripada usaha yang ku lakukan.  Ya......itu yang utama dan disembangkan dengan panjang lebar. Satu daripadanya adalah kelapa mataq.

Berkaitan dengan mataq ni, aku rasa tidak ada petani yang tak ingin memilikinya, walau hanya sekadar sepokok.  Terlahir rasa geram apabila melihat pokoknya.  Sedari usia 2 ke 3 tahun.  Nampak gagah dan perkasa pokoknya (sesuai ke istilah tu)  Apa lagi pokok yang telah berbuah.......... lebat.  Berbondong membalut pangkal pelapah.  Buahnya besar, airnya manis dan isinya tebal.  Sesuai untuk makan muda atau untuk santan bagi yang telah matang.  GERAMNYA AKU.

Durian Dah Luruh

Alhamdulilah............ Syukur kehadrat Allah SWT kerana melimpahkan lagi rezeki pada tahun ini.  Durian dah mula luruh.  Walaupun tidak semua pokok berbuah......tapi agak banyak jugalah jumlahnya.  Cempaka Mas, Cempaka Triangle dan Banggol Sebelah.

Sebenarnya sedari kecil aku memang tak pernah berurusan dengan durian kecuali memakan buahnya jer.  Di tempat asalku, bukan kawasan dusun.  Pokok getah dan rumbia tu banyaklah.  Itupun orang punya.  Keluargaku memang tak bertanah........ kecuali tapak rumah dan sedikit di belakang rumah.  Lebih kurang seekar.

Sebenarnya dh dua musim aku berurusan dengan durian....... tapi taklah segembira musim ini.  Musim-musim lepas aku hanya diamanahkan menjaga durian milik ipar-iparku.  Kebetulan aku memang mengusahakan tanaman pisang di tanah itu.  Tapi musim ini....... aku punya.  Tanah yang ku beli sendiri (walaupun belum habis bayar lagi)....... Banggol Sebelah.  Azamku untuk memiliki tanah sendiri yang pertama (walaupun tak lah luas mana - memadailah) tercapai jua akhirnya.  Syukur Alhamdulilah.  Minatku dibidang pertanian.  Terasa seksa tanpa tanah milik sendiri.

Tujuh tahun selepas aku menggengam segulung ijazah, masa luangku, ku curahkan sepenuhnya untuk aktiviti S.  Bermacam kerja aku buat dan berbagai aktiviti aku laksanakan.  Wang ringgit tanpa ku kisah mencurah-curah keluar.  Kepuasan kerja yang ku buru........ Kejayaan dan hasilnya walaupun bukan dalam bentuk wang tapi aku amat bersyukur dan bangga dengan kejayaan itu.  Sebutir Pingat anugerah KeBawah Duli Tuanku Sultan Perak (AMP), hasil kerja terpamer di Galeri Baginda Tuanku, Galeri Sultan Azlan Shah, tertera di Malaysia Book of Records, tersiar di Majalah 3 serta perlantikan dalam  perjawatan yang lebih baik.  Aku kira...... walaupun taklah besar mana sumbanganku....... tapi itulah keikhlasan dan didikasi.  Amat penting dalam apa jua urusan yang kita laksanakan. Syukur Alhamdulilah.

Kini, azamku untuk berjaya di bidang yang telah lama ku idamkan untuk mengusahakannya.  Pertanian.  Tak kiralah dalam genere apa.   Tanaman atau ternakan.  Walaupun hanya mengusahakannya secara konvensional.  Dengan tulang empat kerat dan memerah kudrat.   Iya....... selagi terdaya.  Doakan kejayaan ku.

Wednesday, June 16, 2010

Banggol Sebelah 2

dua hari menebas - tak sampaipun separuh siap.
insya'allah esuk aku akan tebas lagi.



Alhamdulilah, nampaknya tahun ni dapatlah aku makan durian daripada hasil dusun sendiri walaupun belum  rasmi kerana tak habis bayar lagi.





Tuesday, June 15, 2010

Banggol Sebelah 1

Alhamdulilah, hari ini tercapai juga hasrat aku untuk memulakan usaha tanah yang baru ku beli. (Harapan ku agar tanah itu akan menjadi pusakaku untuk anak cucuku sampai bila-bila...... insya'allah....) Tanah terletak di Kg Banggol Sebelah, Batu Kurau.  Taklah luas...... kurang sikit satu hektar jer.  Tanah pamah, asalnya sawah dan kini telah bertukar pula menjadi dusun bebuahan.  Durian...... rambutan ........ langsat dan beberapa pokok bebuah lain.  Durian sedang berbuah........mungkin dua ke tiga minggu lagi akan gugur.  Oklah juga banyaknya walaupun tidak semua pokok berbuah.  Rambutan.........itu hari berbungga tapi tak menjadi.  Mungkin kerana kemarau agak panjang tu hari dan tidak berjaga.  Tak mengapalah......... dan harap-harap tahun hadapan akan    berbuah setelah aku uruskan tanah tu.  Rambutan deli...... kata tuan tanah dulu.

Semaknya........... bukan kepalang.    ................ aku harap aku diberikan kesihatan, kekuatan, keselamatan dan ketabahan dalam mengusahakannya.  Keadaan yang ku rasa bukan calang-calang untuk aku usahakan dengan tulang empat kerat ku sendiri dengan bantuan mesin galas.  Sasaranku dalam minggu ini juga.......... sebelum berakhir cuti sekolah pertengahan tahun.  Kalau tak siap pun........ memadai separuhnya daripadanya.  Insya'Allah.

Minggu lepas........ seminggu aku menguruskan Cempaka Mas dan Cempaka Triangle.  Cempaka Mas, tanah yang mula-mula ku usahakan, milik dua orang kakak ipar, lebih kurang 3 ekar.   Cempaka Triangle, juga milik ipar-ipar termasuk isteriku.  1/2 ekar telah ku beli dan menjadikan tanah itu kini milik kami suami isteri dan juga seorang adik ipar.  Adalah lebih kurang dua ekar milik kami suami isteri dan seekar lagi milik adik ipar.

Dan kini..........., Banggol Sebelah.  Awal pagi esok aku akan gi lagi.  Tadi dapatlah habis setangki petrol.  Hujan dan basah kuyup................  Mencabar juga menjadi petani ni walau tanah tak seluas mana.  Tiga tempat berbeza.  Jadi...............dah cukup koutalah nampaknya......... 4.  He......he.....he....





Keadaan tanah di Banggol Sebelah