Malam ini.....hampir separuh malam aku gunakan masa untuk mengkaji tentang penanaman tebu daripada web bicara jutawan. Banyak juga ilmu yang aku perolehi............. Orang lain dah advance tapi aku baru nak mula walaupun azam untuk menanam tebu dah lama tersemat kukuh. Namun aku percaya, aku masih belum terlambat. Yang penting kini aku telah memulakannya.
Petang semalam (12.12.09) selepas tebang pisang aku rehat sambil minum segelas teh ais di gerai berhampiran kebunku. Biasalah....... sambil minum, bersembanglah dengan orang-orang kampung. Tentang pisang, tentang petai, tentang tebu dan sesikit lain-lain hal. Memang sudah resam ku, apabila di kampung aku AKAN menjadi orang kampung secara total. Profesyen ku sebagai guru (Guru Cemerlang) dan Darjah Kebesaran Negeri yang ku miliki akan ku lindung disebalik resam itu. Namun panggilan 'cikgu' tetapTAK dapat dihindarkan. Memang sudah menjadi resam sejagat. ...........Adalah lebih kurang setengah jam. Lepas tu aku terus ke kebun ku yang satu lagi, cempaka triangle. Di situlah TAPAK projek tanaman tebu aku yang masih belum dapat dilaksanakan. Walaupun tak luas, tapi memadailah dengan kudrat ku yang ada.
Semoga ilmu yang aku dapat ini dapat aku realisasikan. Insya'Allah. Walaupun ku kira kurang tepat pepatah ini untuk ku gunakan tapi ada jugalah kaitannya serba sedikit.
Aku tak mau menjadi orang yang hanya
menamam tebu dihujung bibir.
Saturday, December 12, 2009
Wednesday, December 9, 2009
Buluh rebung madu
Hari minggu lepas aku baru kesempatan menggali benih buluh rebung madu di rumah abang ipar aku. Dapatlah sepuluh perdu. Aku rasa banyak tu cukuplah untuk permulaan. Untuk aku buat sedikit research. Bimbang juga kalau tak terjaga walaupun orang kata penanaman buluh agak mudah. Namun sehingga hari ini dah empat ari, anak benih tu masih belum di tanam. Masih tercari-cari sudut mana yang sesuai dan tidak menganggu tanaman lain kerana buluh rebung ni dari jenis buluh yang agak besar. Mungkin berhampiran sungai kecil atau di kawasan berhampiran kolam ikan. Tempat-tempat tu lazimnya sentiasa lembab, jadi tak perlulah pengairan walaupun musim kemarau. Sesuailah dengan pepatah Melayu 'BAGAI AUR DENGAN TEBING'. Insya'Allah esok aku akan luangkan masa untuknya.
Tuesday, December 8, 2009
Projek Akhir Tahun 2009 - 2
Alhamdulilah........ projek akhir tahun berjalan lancar walaupun bukan pelan baru yang dilaksanakan. Tak mengapalah.........kita bisa saja merancang tetapi tuhan yang menetapkannya. Apa-apa hal projek akhir tahun tetap berjalan walaupun terpaksa mengekalkan pelan lama. Hasrat untuk membela kambing masih tak kesampaian. Insya'Allah di masa akan datang.
Pelaksanaan bermula pada 1 Nov 2009. Memasang pagar kawat duri di hujung tanah. Memeriksa dan membaiki pagar keliling kawasan. Tujuannya untuk mengelakkan lembu, babi dan kerbau masuk ke kawasan penanaman. Seterusnya membersihkan kawasan kolam.
Sejak tiga minggu yang lalu, kerja-kerja penyediaan tanah untuk penanaman sedang giat ku laksanakan. Aku masih tetap menggunakan kaedah konvensional. Tak pa lah.... sikit-sikit.....lama-lama siap juga. Walaupun lambat tapi aku tetap seronok dan merasa puas dengan kaedah itu. Sambil meracun, membersih, membakar, membina batas, membina lubang penanaman................%%%77&&##
............... teringat zaman persekolahan waktu sekolah rendah dulu. Di sebelah sekolah ada kebun Cina. Memang dah berumur apek tu......aku rasa dalam 60 tahun dan tinggal bersendirian di kawasan perkampungan Melayu. Tapi cukup tekun dia mengusahakan kebun tu. Satu demi satu batas dibina. Bukan sedikit. Rasanya adalah seluas padang bola. Ya........pepatah Melayu ada menyatakan Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Pernah juga aku gi ke rumah apek tu. Rumah bawah......... berlantai tanah. Meja dan kerusi kayu hasil tukangan sendiri.............tempat makan, pangkin sekadar tempat berehat dan tidur serta dapur tanah dan pinggan mangkuk, periuk belanga seadanya. Waktu itu, apa yang aku sembangkah...... entahlah aku pun dah lupa.....maklumlah umur aku waktu itu dalam 11 tahun. Apa yang aku ingat.....aku selalu kacau anjing dia. Aku baling batu bila nampak anjing tu tidur......... apa lagi....menderam dan menyalaklah dia...... Kadang-kadang dikejarnya aku....beberapa langkah aku lari dan berhenti.......aku tau.....anjing tu acah je. Aku baling pun saja nak acah juga......sekadar campak batu kecil.
Sebenarnya di kg yang sama(tempat aku bersekolah) ada lagi sebuah keluarga Cina....... di hujung kampung berhampiran sungai. Jarak dengan rumah apek tu.......adalah dlm 2 km. Dan di kampung sebelah lagi ada juga dua keluarga Cina. Kg aku ditengah-tengah antara dua kampung tu.....tidak ada keluarga Cina tinggal. Keluarga Cina tu semuanya bertani kecuali keluarga Cina yang tinggal di tepi sungai.....bertani dan berniaga. Apa yang aku kagum......mereka tu cukup rajin bekerja. Pagi menoreh getah........petangnya berkebun. Ubi kayu..... keledek, sayur-sayuran dan memacam lagi tanaman makanan. Tak ada seorang pun daripada ratusan keluarga Melayu di tiga kampung tu dapat menandingi hasil tanamannya walau dengan Apek tua yang tinggal bersendirian tu. MENGAPA??????????? Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian....... oH..... lupa nak cerita........Apek tua tu dia tanam sejenis tanaman jer ....... ubi keledek. Itulah tanaman yang diulang-ulangnya sehingga aku tamat bersekolah di situ mungkin sehingga kematiannya. ............(1969 - 1973)

Subscribe to:
Posts (Atom)