Monday, August 31, 2009

MORFOLOGI PISANG

MOFORLOGI PISANG



1.         Jenis tumbuhan             - Herba saka monokotiledon
2.         Famili                           - Musaceae
3.         Pokok                          - Hidup berumpun dan batang bawah tanah (umbisi)
                                                - 40 – 70 helai daun sebelum berbunga.
4.         Jambak bunga              - bentuk spika majmuk
5.         Buah                            - terbentuk secara tampang ( tanpa pendebungaan)
                                                  iaitu partenokarpa. Isi terbentuk dari dinding ovari.
6.         Sulur                            - Sulur pedang  - daun tirus dan kecil
                                                                        - batang kuat dan kadar pertumbuhan cergas.
                                                                        - sesuai sbg. bhn tanaman (benih)
                                                - Sulur air         - daun lebar, umbisi kecil
                                                                        - kadar pertumbuhan lembab.
7.         Kultivar pisang 
Kultivar
GRED
Mula Berjantung
Tuai Hasil
Penyakit
Mas
AAA
7 –  10 bulan
7 – 9 minggu
Bintik daun
Embun
AAA
10 – 12 bulan
12 – 14 minggu
Layu panama
Rastali
AAB
10 – 12 bulan
11 – 13 minggu
Layu panama
Raja
AAB
9 – 10 bulan
13 – 15 minggu
Nangka
AAB
8 – 9 bulan
11 – 13 minggu
Tanduk
AAB
9 – 10 bulan
9 – 10 minggu
Berangan
AA
10 -12 bulan
11 – 13 minggu
Bintik daun sigatoka
Awak
ABB
9 – 10 bulan
16 – 18 minggu
Abu (Nipah)
BBB
11 – 13 bulan
17 – 19 minggu
8.         Pisang Mas      
-  Lokasi          -  Tanah subur dan hujan cukup – hasil tinggi.
-  Nama           -  Klue Khai ( Thailand)  Amas (Filipina), Mas (Indonesia), Surya
    Kadali (India), Lady’s Finger (Hawai), Honey (West Indies)
            -  Asesi            - Beza dalam ciri hasil dan mutu buah berdasarkan keadaan
   tempat dan dari mana benih diambil.
9.         Pembajaan      
           - Semasa Penanaman             - Fosforus (100 g)  dan kapur (100 g)
           - 1.5 – 2 bulan                         - NPK green (450 g)
           - 3 – b bulan                            - NPK Blue (450 g)
           - 5 – 6 bulan                            - NPK Blue (500 g)
10.       Penyakit dan simptom
Jenis Penyakit
Simptom
Kawalan
Catatan/kesan
Bintik daun sigatoka
Bintik kuning/hitam tepi daun, membesar dan menjadi bujur.  Daun perang dan kering
Kebersihan dan saliran, racun kulat
Buah dan tandan kecil
Bintik daun periconiella
Bintik warna hijau tua atas daun
Zat makanan yang cukup - magnesium
Layu panama
Daun jadi kuning dan layu, xilem batang tersumbat dan berwarna perang dan hitam
Embun dan rastali – retan
Mas dan berangan - rintang

Monday, August 10, 2009

Bermulanya Kisah Aku Sebagai Petani

Aku adalah seorang graduan sebuah universiti di selatan tanah air. Sebelum mengenggam selembar ijazah aku adalah seorang pendidik. Maka di kampus, gelaran untuk kami adalah mahasitua.  Apa tidaknya kebanyakan pensyarah lebih muda dari kami.  Tak mengapalah, kami (khususnya aku) seronok dengan gelaran itu.  Kata orang 'tua-tua keladi, makin tua makin menjadi'.  Selepas mendapat title graduan ( dengan ijazah sarjana muda teknologi dengan pendidikan - 1999) aku masih tetap seorang pendidik sehingga kini.  Menjadi petani part-time ni bukan kerana meluat dengan profesyen, tetapi kerana minat.  Terlalu minat dalam bidang pendidikan.  Luaskanlah skop pendidikan.  Lepas penat mendidik anak bangsa diwaktu pagi, petangnya mendidik pokok-pokoklah pula.  Banyak nikmatnya mendidik pepokok ni.  Berbudi pada tanah ni lagi banyak faedahnya.  Sebenarnya dah lama aku ingin menceburi bidang pertanian ni.  Dulu dah mula, tapi dapat tawaran jadi mahasitua. Jadi aku tinggallah dulu.  Namun minat sedia ada tu tetap aku pupuk sepanjang masa.   

Terung Part 1





Tanam terung ni seronok.  Pat mana seronoknya tu?  Bukan pat petik buah, kerana nak petik buah, tunggulah beberapa bulan kemudian.  Tapi yang seronoknya apabila  tengok pokok tu  membesar dari sehari ke sehari.  Daripada tiga helai daun dan batang besar batang mancis hinggalah berhelai-helai daunnya  dan batang sebesar ibu jari kaki.  Lagi satu pat yang seronoknya ialah, kambing tak makan daunnya.  Maklumlah kebunku dipinggir kampung.  Kambing orang kampung memanglah banyak.  Siapa tak tau perangai kambing.  Pat yang kita tanam tu, memanglah itu yang digemarinya.  Kata orang saja dengki.  Tapi kambing manalah ada 'mind'.  Apa dia tau dan nak dengki.  Cuma apa yang kita tanam tu memang sebahagian daripada makanan dia.  Apa lagi, dia jumpa, bantai.....lah sampai tak tinggal tunggul.  Pat hasilnya pula, sapa kata tak seronok.  Walaupun cuma 70 pokok tapi kutip hasil seminggu dua atau tiga kali juga.  Sekali petik adalah 10 - 12 kilo.  Jual tolak dapatlah harga 2.50 sekilo.  Selepas 3 bulan kutip hasil, aku kira berapa banyak hasil yang aku dapat - lebih kurang 200 kg.  (x 2.50) .  Lumayan juga tu.  Kerja part-time dan jumlah ditanam tidaklah banyak.  Sambil merumput, aku mulalah merancang.  Nak cuba tanam 1000 pokok, walaupun tidak serentak.  Lebih 10 kali ganda daripada hasil 70 pokok boleh ku perolehi.  Akupun apa lagi......., tak tunggu lama.  Buatlah batas baru kerana nak merealisasikan rancangan tu.  Lagi pun pokok yang ada tu mula kelihatan uzur.  Buahnya pun dah kurang besar.  Mungkin dah tua agaknya.  Siap buat batas, bubuhlah baja dan beberapa hari lepas tu tanamlah pokok baru. Pokok lama yang aku anggap dah uzur tu, aku cabut dan letak baja semula dibatasnya dan tanamlah sekali.  Pokok baru aku tanam sebanyak 200 pokok.  Dalam masa 4 bulan aku target bolehlah capai 1000 pokok.  Terpaksa berdikit-dikit kerana aku ni degil.  Nak juga buat kerja tu sendiri.  Dalam pada tu kerja rasmi ku makin banyak.  Terpaksa kerap keluar - out station.  Biasanya tiap kali keluar, seminggu. Dalam sebulan ada dua kali.  Apa nak buat..............................  Kejar-punya kejarrrrrr............. akhirnya tak terkejar juga.  Pulun punya pulun.................... akhirnya tak terpulun juga.  Insya'allah cuti sekolah hujung tahun ni aku akan usahakan lagi kebun terung aku tu.  Target 1000 pokok akan tetap ku kekalkan.    Kerana apa.............seronok tengok kambing asyik dok perati je pokok terung aku dulu tu.  Cuba-cuba makan buah terung tu,  gigit sikit lepas tu terbatuk-batuk.  Bukan niat nak dengaki................. tapi................. nakkan hasil yang memuaskan daripada usaha sendiri.    Doakan aku berjaya.                                                                                                         

Sunday, August 9, 2009

Tilapia Part 1



Seronok bela ikan ni. Selain untuk mendapatkan hasil, saat yang paling indah ketika duduk di tepi kolam. Bermain dengan ikan sambil berehat setelah penat membersihkan kebun pisang.

Amacam, tengoklah ikan tilapia tu. Manjanya. Main ditangan. Mudah ditengkap. Tapi kalau dengan orang lain, jangan cuba. Memang tak dapat. Ikan-ikan tu manja dengan tuannya je.

Ikan yang aku bela tu, taklah banyak. Cuma dua kolam je. Guna air yang disalirkan dari air terjun. Airnya bersih dan sentiasa segar. Ikan hidup sihat dan segar bugar. Tengoklah warnanya tu, pink muda.

Istimewanya ikan yang aku bela guna air tu adalah dari segi tumbesarannya dan juga rasa. Lebih cepat membesar, tidak hanyir dan rasanya sangat lazat. Bersihkan dan terus bakar. lagi lazat. Tak perlu bagi asam, kunyit dan garam. Dah masak, ratah saja.

Ok, nak cuba....... mai lah.

Monday, August 3, 2009

Raja Berduri





Hi! malang sungguh si raja buah.  Tak de sapa nak petik.  Terpaksa menjatuhkan diri terhempas ke bumi.  Tak boleh nak masuk hotel.  Kalau masuk pun hanya kat parking area.

Pisang Mas






PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR
HUTANG BUDI DIBAWA MATI




I


PISANG TANDUK PISANG HELANG
TANDUK RUSA JADI HIASAN
PENAT BEKERJA TAK HILANG-HILANG
HASIL DAH JUAL BERTAN-TAN


ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA
WANG JUGA DIPANDANG ORANG
ORANG MEMBERI KITA MERASA
ADA WANG HATI PUN SENANG