Monday, June 25, 2012

Durian Istimewa - Durian Rahsia.







 Musim durian kembali lagi dan gambar tertera adalah durian yang terdapat
di KKCM.  Agak ok musim kali ini.  Alhamdulilah.
Khabarnya musim kali ini tidaklah merata di seluruh Batu Kurau.  Mula luruh sebulan sebelum Ramadhan.
Terdapat beberapa lapis dan dijangka musim kali ini akan berlarutan sehingga
selepas Hari Raya Aidil Fitri.
Bagi peminat-peminat durian Batu Kurau, khususnya durian dari kawasaan Sempeneh,
janganlah lepaskan peluang.  Umum telah maklum, durian dari kawasaan ini adalah
antara yang terbaik di Malaysia.

Ramai peniaga durian menjual sekali nama Batu Kurau bersama jualan durian mereka
walaupun durian yang dijual bukan dari Batu Kurau.  Boleh dikatakan durian Batu Kurau
sepanjang masa berada dipasaran khususnya di kawasan-kawasan tengah Semenanjung
walaupun pada ketika itu tiada pun musim durian di Batu Kurau.

Gah sungguh durian Batu Kurau.  Ramai pembeli tertipu kerananya.  Tapi bagi orang-orang
Batu Kurau sama ada yang menetap di dalam kawasan atau di luar kawasan, tak mungkin
penipuan ini akan berlaku ke atas dirinya.  
Tanpa perlu merasa, dengan aromanya sahaja sudah cukup untuk mereka kenal.

Tapi sayang.  Tidak ada satupun jenama durian yang benar-benar istimewa dari Batu Kurau.
Macam 'Musang King', asal dari Gua Musang.
Admin pasti, daripada ratusan ribu pokok durian di Batu Kurau ini, sekurang-kurangnya
mesti ada ratusan pokok yang menghasilkan buah yang istimewa.  Kenapa tidak dilakukan sesuatu.
Sekurang-kurangnya untuk mendapatkan harga yang juga istimewa.
Durian istimewa, harganya juga mesti istimewa.  Ratusan RM sebiji.

Seingat admin, beberapa tahun dulu admin pernah terbeli durian yang
admin rasa sangat istimewa.  Teringat-ingat aroma dan rasanya hingga sekarang.
Admin ingat lagi penjualnya dan memangpun admin biasa sangat dengannya,  
Setiap musim durian admin pasti tanya pada penjual tu.
Tapi tiada jawapan yang meyakinkan.
Admin yakin, durian itu adalah antara durian terbaik yang terdapat di Batu Kurau kerana
harga yang ditawarkan pada admin lebih daripada durian-durian lain.

Itulah.  Kenapa perlu kita rahsia.

1 comment:

  1. Salam,ada durian x sekarang? boleh bagi contact?

    ReplyDelete