Sunday, February 27, 2011

Pisang Jari Buaya



Tengah hari tadi semasa menghantar pisang untuk dijual di pusat pengumpulan, aku terlihat sejenis pisang yang agak unik dan rasanya tak pernah ku lihat sebelum ini.  Berbentuk runcing dan lurus macam jari.   Terdapat dua belas sisir dalam tandan tu dan setiap sisir pula lapan hingga enam belas pisang.  Belek-belak tandan pisang tu. memang sah, inilah kali pertama ku lihat pisang tu.    Menurut tuan punya pusat pengumpulan tu, pisang tu adalah "pisang jari buaya".

Pisang Jari Buaya

Sunday, February 20, 2011

Cabaran dan Dugaan

Dalam usaha untuk menempa kejayaan, cabaran dan dugaan adalah satu perkara yang seolah wajib kita alami dan tempuhi.  Besar atau kecil  cabaran dan dugaan itu hanya orang mengalami dapat mentafsir dengan tepat.  Mungkin pada tafsiran sendiri, ianya besar dan amat mencabar tetapi orang lain mentafsirnya itu hanya dugaan kecil.  Dan begitu juga sebaliknya.  Bentuknya juga berbagai, semula jadi, kesilapan sendiri, kurang pengalaman, angkara pemangsa dan perosak.  Satu lagi bentuk adalah angkara sesama manusia; curi dan dengki, itulah yang paling kerap disamping penipuan dan ingkar janji.

Namun, walau apapun cabaran dan dugaan yang dihadapi, yang penting kita mesti hadapinya dengan sebaik mungkin.  Tiada kejayaan bagi orang yang tewas.  Beralah mungkin wajar, tapi perlu kena pada situasi dan bentuk cabaran.  Kata pujangga, usah kita fikirkan berapa kali kita jatuh, tetapi fikirkanlah berapa kali kita bangun semula daripada sesuatu kejatuhan.  Apakah pula langkah-langkah yang kita ambil untuk menangani dan mengatasinya.

Di Cempaka Mas, semua ini memang biasa dihadapi.  Kalau dalam bentuk semula jadi kesan daripada fenomena alam seperti kemarau, ribut serta hujan berlebihan memanglah kita tak daya mengatasinya secara total. .............................................. Ya Allah, berkati segala usaha-usaha hambaMu ini dan lindungilah daripada apa-apa dugaan dan cabaran yang diluar kemampuan hambaMu ini untuk menghadapinya.  Amin.

Saturday, February 12, 2011

Cabaran dan Kejayaan




Alhamdulilah, syukur kehadrat Illahi, pokok-pokok pisang yang ditanam lebih kurang sepuluh bulan yang lalu telah mula mengeluarkan hasil.  Sejak awal Januari, beberapa tandan telahpun terjual dan dapatlah beberapa ratus ringgit.   Sebenarnya pisang-pisang tu agak kurang menjadi, lambat membesar dan saiz tandannya agak sederhana.  Entahlah....... kata orang pisang di tanah bekas bendang memang begitu.  Pusingan pertama pengeluaran hasil agak kurang dari segi saiz tandan yang kurang besar tetapi mungkin akan berubah untuk penghasilan pada musim kedua dan seterusnya.  Apa yang perlu pokok mestilah dijaga dan dibaja.  Harap-harap begitulah.



Bendi yang ditanam di antara pokok tebu juga sedang rancak mengeluarkan hasil.  Walaupun tidaklah banyak tapi memadailah lepas untuk keperluan sendiri dan sedekah pada kawan-kawan dengan niat untuk orang-orang dulu yang mewariskan tanah yang aku usahakan ini.  

Pokok-pokok tebu yang baru berusia tiga bulan............... alhamdulilah...... membesar dengan elok.  Harap-harap terhindar daripada perosak dan pemangsa.   Terus subur, membesar dan menghasilkan batang-batang tebu yang berkualiti.