Sunday, February 28, 2010

Projek Gagal Lagi

Projek Tanah 2 - Cempaka Triangle









Lot 2 - Projek terung disember 2009.
  Gagal lagi, buat kali kedua.  Kegagalan pertama pada Mac 2009.  Aku kurang pasti sebab apa.  Tgh-tgh hidup subur dan udahpun mula berbunga, sedahan demi sedahan daunnya layu. 
Gambar-gambar tu diambil pada awal februari 2010.  Sepatutnya sekarang ni sedang galak pungut hasil.  
Tapi apa nak buat.  Masih belum ada rezeki disini.  Tinggallah beberapa pokok.  Cukuplah untuk kegunaan sendiri.  Reda dengan kegagalan ini. Cabaran, dugaan dan ujian Tuhan.  Mungkin kerana kesilapan sendiri.   
Insya'Allah Mac ni aku akan mulakan semula projek di tapak ini. 
Mungkin bendi.....aku harap kali ini berjaya.


Sepanjang Februari  musim panas.  Tak berani nak tanam, bimbang tak terjaga (siram) tanpa bantuan hujan.  Buatlah kerja-kerja apa yang patut.  Penyediaan semula kawasan di lot 1 dan lot 3.  Lot 3  untuk pisang mas - anggaran boleh tanam 400 pokok.  Di lot 1, cadangnya untuk rumah pertanian.  
Buat  pagar semula yang lebih kukuh untuk elakkan musuh
terutama kambing/lembu (siang) dan babi/kerbau (malam) memasuki kawasan.  
Terpaksa tambah lagi pelaburan.  

Dpn ni, lot 1 - tapak untuk rumah pertanian.
"BUKAN MUDAH NAK BERJAYA DAN JUGA BUKAN MUDAH UNTUK GAGAL JIKA KITA TELAH BERUSAHA DENGAN SEWAJARNYA"
cuma.......belum ada rezeki.

No comments:

Post a Comment