Pertanian adalah perniagaan dan 9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Hakikat kata-kata itu, rasanya semua orang tahu. Tak kira apa bangsa, apa agama dan dimana tinggal. Kalau di barat, pandangan masyarakat terhadap 'farmer' begitu tinggi. Sinonim dengan maksud 'orang kaya'. Di Malaysia pun nampaknya pandangan itu kian terserlah. Namun keterserlahannya masih belum dapat menandingi pandangan 'sikap rajin' pada 'farmer' di sini. Walau bagaimanapun bagi sesetengah orang, 'rajin' mempunyai signifikan dengan 'kaya' dan 'farmer'. Kalau tak rajin mereka tak kan jadi farmer dan kalau tak rajin mereka tak kan jadi kaya.
Berbalik kepada pertanian adalah perniagaan tadi. Kita juga harus tahu dan faham bahawa setiap perniagaan pasti punya risiko. Tak kira perniagaan apa dan apa bentuk perniagaan itu. Risiko tetap ada disebaliknya. Kesediaan peniaga untuk menangani risiko mestilah cemerlang bagi meraih kejayaan. Risiko mesti ditangani dengan cemerlang kerana kesannya adalah kerugian.
Akibatnya rugi.... rugi yang terus memusnahkan impian.... itulah yang paling ditakuti oleh peniaga ............. Namun untuk mengelakkan atau mengurangkan rugi jika berdepan dengan risiko.......................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment