Sunday, February 28, 2010

Projek Gagal Lagi

Projek Tanah 2 - Cempaka Triangle









Lot 2 - Projek terung disember 2009.
  Gagal lagi, buat kali kedua.  Kegagalan pertama pada Mac 2009.  Aku kurang pasti sebab apa.  Tgh-tgh hidup subur dan udahpun mula berbunga, sedahan demi sedahan daunnya layu. 
Gambar-gambar tu diambil pada awal februari 2010.  Sepatutnya sekarang ni sedang galak pungut hasil.  
Tapi apa nak buat.  Masih belum ada rezeki disini.  Tinggallah beberapa pokok.  Cukuplah untuk kegunaan sendiri.  Reda dengan kegagalan ini. Cabaran, dugaan dan ujian Tuhan.  Mungkin kerana kesilapan sendiri.   
Insya'Allah Mac ni aku akan mulakan semula projek di tapak ini. 
Mungkin bendi.....aku harap kali ini berjaya.


Sepanjang Februari  musim panas.  Tak berani nak tanam, bimbang tak terjaga (siram) tanpa bantuan hujan.  Buatlah kerja-kerja apa yang patut.  Penyediaan semula kawasan di lot 1 dan lot 3.  Lot 3  untuk pisang mas - anggaran boleh tanam 400 pokok.  Di lot 1, cadangnya untuk rumah pertanian.  
Buat  pagar semula yang lebih kukuh untuk elakkan musuh
terutama kambing/lembu (siang) dan babi/kerbau (malam) memasuki kawasan.  
Terpaksa tambah lagi pelaburan.  

Dpn ni, lot 1 - tapak untuk rumah pertanian.
"BUKAN MUDAH NAK BERJAYA DAN JUGA BUKAN MUDAH UNTUK GAGAL JIKA KITA TELAH BERUSAHA DENGAN SEWAJARNYA"
cuma.......belum ada rezeki.

Friday, February 26, 2010

Ulam dan sayur kampung


Pucuk Salang


Pokok Salang


Pokok Cabang Tiga (Tenggek Burung)

Limau Kasturi

Kunyit

Pokok Cermai

Monday, February 8, 2010

Perniagaan, Pertanian, Farmer, rajin, kaya dan risiko

Pertanian adalah perniagaan dan 9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan.  Hakikat kata-kata itu, rasanya semua orang tahu.  Tak kira apa bangsa, apa agama dan dimana tinggal.  Kalau di barat, pandangan masyarakat terhadap 'farmer' begitu tinggi.  Sinonim dengan maksud 'orang kaya'.  Di Malaysia pun nampaknya pandangan itu kian terserlah.  Namun keterserlahannya masih belum dapat menandingi pandangan  'sikap rajin' pada 'farmer' di sini.  Walau bagaimanapun bagi sesetengah orang, 'rajin' mempunyai signifikan dengan 'kaya' dan 'farmer'.  Kalau tak rajin mereka tak kan jadi farmer dan kalau tak rajin mereka tak kan jadi kaya.

Berbalik kepada pertanian adalah perniagaan tadi.  Kita juga harus tahu dan faham bahawa setiap perniagaan pasti punya risiko.  Tak kira perniagaan apa dan apa bentuk perniagaan itu.  Risiko tetap ada disebaliknya.  Kesediaan peniaga untuk menangani risiko mestilah cemerlang bagi meraih kejayaan.  Risiko mesti ditangani dengan cemerlang kerana kesannya adalah kerugian.

Akibatnya rugi.... rugi yang terus memusnahkan impian.... itulah yang paling ditakuti oleh peniaga ............. Namun untuk mengelakkan atau mengurangkan rugi jika berdepan dengan risiko.......................

Sunday, February 7, 2010

'kurusnya pepokok pisang tu..... tak bebaja je'

' pokok limau nipis dah mula mengeluarkan hasil'

" ........ janganlah jadi manusia yang amat rendah darjatnya  iaitu 
dia tidak tahu, dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu atau dia tidak tahu
pura-pura buat macam tahu"

"  selalu ingat pertolongan orang pada kita, lupakan pertolongan kita pada orang.
Ingat salah kita pada orang, lupakan salah orang pada kita........."

(Dr. Mohd Ridhuan Tee)

"......Bersembang kosong memang membazir masa, bahkan kadang kala menempah berbagai dosa.
Namun berbual bersama teman apatah lagi dengan insan-insan
yang berilmu banyak faedahnya"

(Dr. Maza)

Kelapa Matag

'Kelapa pandan'

'pisang raja'

'pisang rastali'
'Pisang helang'



Thursday, February 4, 2010

KKCM 1

Apabila menceburkan diri dalam dunia pertanian, mahu tak mahu kita terpaksa menghadapi dan terpaksa akur dengan pelbagai cabaran dan risiko.  Bagiku, untuk berjaya bukan sesuatu yang mudah dan pasti  Gagal pula mungkin sesuatu yang hampir pasti.  Semangat, ketabahan, daya usaha, ilmu serta ongkos perlu mantap.  Usah sesekali kita berundur terus setelah menceburi dunia ini.   Berundur terus bermakna tewas.  Tewas bermakna rugi.  Namun berundur  sementara bagi mengatur dan merancang strategi baru adalah sesuatu yang perlu.  Tapi awas, merancang sesuatu itu seronok, macam-macam kejayaan dapat kita capai, semuanya nampak boleh...........

Namun, walau apapun yang berlaku setelah kita menceburi dunia ini, kita mesti sentiasa bersyukur dan reda.  BERBUDI PADA TANAH..... YA, KITA MESTI TERUS LAKUKANNYA SELAGI KITA MASIH DIKURNIAKAN KUDRAT.  INSYA'ALLAH.