Monday, April 23, 2012

Friday, April 20, 2012

Pisang Jelai.



Pisang Jelai
Semalam 19 April, cuti bagi negeri Perak.  Hari Ulang Tahun DYMM Sultan.  Seperti lazimnya, sehari suntuklah aku menguruskan KKCM.  Walaupun letih. tapi rasa puas dan seronok tika berada dikebun.  Tebang pisang, buang anak dan daun pisang.  Dapatlah dalam 30 tandan.  Mas, Rastali, Raja, Awak Legor dan Awak Biji.  Dah masuk pusingan ke empat.  Tandan-tandan yang ada tidaklah begitu besar.  Lagipun pisang-pisang tu memang aku kurang jaga.  Tumpuanku lebih pada tebu.

Waktu hantar pisang pada peraih, aku tertarik dengan sejenis pisang yang ada disitu.  Tandannya panjang.  Macam pisang berangan, tapi lebih besar dan panjang.  Dibandingkan dengan pisang nangka pulak, pisang tu agak kecil dan pendek.  Pisang montel pun.......bukan.    

Keistimewaan pisang tu........ boleh makan mentah.  Kata Cina pemborong pisang yang ada kat situ,  isi kuning saja......boleh makan walaupun masih keras lagi.  Rasanya......... macam rasa pisanglah katanya.

Sunday, April 15, 2012

Tebu ku 4






Gambar ini diambil pada Februari yang lalu, lebih kurang umur 6 bulan.  Tebu-tebu ni diserang anai-anai diperingkat 3  bulan pertama pertumbuhannya.  Nampak OK dah tapi proses pembesarannya lambat dan saiz batang agak kecil.





Asam Gelugur


Putik Buah asam gelugur
Macam putik manggis.
Bunga Asam Gelugur
Orang kata bunga asam gelugur ni sedap.  Aku tak pernah cuba.  masammmmmmmm.

Pucuk pokok asam gelugur

Pucuk pokok asam gelugur ni boeh dimakan.  Rasanya masam.
Bunga asam gelugur

Pokok asam gelugur
Buah Asam Gelugur yang telah masak ranum

Asam gelugur ni adalah antara pokok yang terdapat di KKCM.  Arwah Pak mertuan yang tanam.  Mungkin dalam 15 tahun yang lalu.  Tahun lepas mula berbuah.  Tak sedar.......orang lain cerita.......dah besar dan hampir masak pun.   Gambar-gambar ni aku ambil lebih kurang sebulan yang lalu.  Ada baru berbunga, putik dan sedang membesar.  

Sebenarnya aku mula kenal pokok ni sejak aku berpindah ke Perak.  di kampung (Johor) memang tak ada pokok ni. 

Semua bahagian buah ini boleh dimakan.  Kelopak buah (bunga) dan putik  sangat digemari oleh wanita muda.  'cecah' atau 'colek' dengan cabai melaka yang dicampur kicap dan gula atau belacan dan gula.  Telioq orang kata.

Sebelum diguna, buah yang masak/matang dipotong nipis ( 1 hn ) dan dijemur kering.  Produknya tetap dipanggil asam gelugur.  Ada juga orang panggil 'asam keping'.  Digunakan sebagai ramuan masakan.  Juga digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan ketika mencucinya sebelum dimasak.  Selain itu, buah ini juga boleh dijadikan makanan ringan setelah melalui proses tertentu bagi mengurangkan rasa masam yang kuat.

Begitulah resamnya.  Apa pokokpun yang kita tanam, sebenarnya bukan untuk kita.  Untuk waris-waris dan orang-orang lain selepas kita.  Insya'Allah selagi ada makhluk yang memperoleh manafaat daripadanya, adalah ganjaran untuk kita.  Al-Fatihah untuk beliau dan juga tuk nenek yang mula-mula berhempas pulas membuka tanah KKCM ini.  Al-Fatihah....