Tentang pokok kahwa ni, admin memang tidak mempunyai banyak maklumat mengenainya.
Admin mengenalinya pun sejak bermastuatin di Perak. Pokok kahwa ni jenis berbatang keras macam pokok kopi. Daun dan buahnya juga hampir sama. La ni adalah tanam - Mac 2010.
Dua pokok je (gambar 3). Satu minta dengan abang sepupu wife dan satu lagi, kenalan bagi.
Sepokok berdaun hijau terang dan sepokok lagi hijau kekuningan.
Bulan Januari lepas, pokok yang berdaun hijau terang tu mula berbunga. Juga macam bunga kopi.
Putih dan lima kelopak. Jadilah buah beberapa biji. Lebih kurang 6 bulan baru buah tu masak.
Orang-orang dulu gunakan daun pokok kahwa ni sebagai teh. Sedap..... dulu kali pertama rasa......admin terus sukannya. Sebab tu admin tanam, walaupun hanya dua pokok...... cukuplah untuk
kegunaan sendiri. Buah yang dah matang tu, admin akan semai untuk tambah bilangan pokok yang ada.
La ni nampak banyak juga putik. Kecil lagi, saiz kepala jarum peniti. Moga-moga terus membesar.
Admin percaya dan yakin teh kahwa ni mempunyai kelebihan berbanding teh-teh lain yang ada dipasaran.