Saturday, June 4, 2011

Nanas Moris

Alhamdulilah, anak benih nanas yang dipesan lebih kurang dua bulan lepas akhirnya sampai juga semalam.  Tepat pada masanya......waktu cuti sekolah pertengahan tahun.  Jadi dapatlah aku luangkan masih lebih sikit bagi menguruskan penanamannya.  Separuh daripada kawasan yang ku rezabkan untuk nanas memang telahpun siap ku buat batas, lubang dan bubuh baja palet tinja ayam.  Sebahagian lagi belum sempat.  Insya'Allah akan aku uruskannya setelah siap ku tanam dibatas yang telah tersedia.

Benih yang tiba memang benih fresh.  Baru diambil dari ladang.  Jadi untuk tergesa-gesa menyediakan batas tu, rasanya tak perlulah.  Walau bagaimanapun dalam masa dua hingga tiga minggu ni semuanya mesti siap.



Anak benih masih belum sempat ditanam


 
Anak benih yang telah siap ditanam.  
Kelihatan air bertakung kerana baru lepas hujan.

No comments:

Post a Comment