Itulah jodol sebuah drama TV yang akan terbit. Bila, TV apa dan saluran berapa, taklah pula aku ketahui. Shooting akan dijalankan mulai 19 Mei, selama lebih kurang seminggu. Ceritanya menarik, mengandungi berbagai unsur yang wajar dijadikan teladan dan sempadan. Rona berlatarkan kehidupan desa. Ada wawasan, ada debaran, ada dendam, ada kejayaanm, ada warisan dan ada berbagai lagi. Antara kata dialognya " kalau ke hutan bawalah golok, kalau berjalan biarlah berkasut, kalau berkata biarlah berlapik" itulah......... lebih kurang. Dan yang lainnya........ " kenapa di warung ni banyak sampah.........."
Itulah lebih kurang yang diceritakan oleh penulis skrip dan juga pelakonnya - saudara Sidek Hussein. Nak cerita lebih-lebih tak boleh........ namun apa-apa hal, tunggulah dramanya tersiar di TV nanti. TV apa...... tak terfikir plak nak tanya.
Sebenarnya waktu itu, saudara Sidek Hussein dan keluarganya sedang buat survey untuk mencari lokasi pengambaraan dramanya itu. Dari KL sampai ke Batu Kurau. Singgah di warong Pak Su di bawah gunung tu. Memang tempat disekitar kampung tu menarik. Perkampungan traddisional yang tenteram, aman dan nyaman. Dia terus tertarik untuk buat pengambaraan di kampung tu - Kampung Sempeneh dan sekitarnya. Selepas membuat beberapa panggilan pada rakan kongsinya, dia pun berceritalah serba sedikit. Kebetulan aku berada di warung itu. Berehat sebentar sambil minum teh tarik sebelum ke kebun semula. Tumpang dengar jer......nak menyampuk.......aku memang kurang mahir bersembang. Kalau dengar jer tu.......memang lebih daripada pakarlah.
Namun aku terpaksa beredar kerana waktu dah time untuk ku menyambung kerja ku........... dia masih meneruskan sembang dan ceritanya................
Wednesday, May 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment