Lot 3 - Cempaka Triangle seluas lebih kurang satu ekar lebih. Dulu, akhir 2008 aku telah usahakannya dengan tanaman pisang berangan benih tisu serta pisang mas dan rastali. Gagal............ gagal bukan kerana tak berjaga tetapi kerana kekurangan modal untuk menyediakan pagar yang kukuh. Pagar pukat yang ku gunakan tak dapat menahan asakan haiwan seperti kambing dan babi. Maka berpestalah bebinatang tu. Siang kambing dan malam babi. Usaha juga untuk menghalangnya namun kerana kekangan masa dan modal aku terpaksa merelakan diriku tewas.
Awal 2010 ni aku mulakan semula projek di lot ini. Juga dengan tanaman pisang setelah memagarnya semula dengan pagar yang lebih kukuh. Moga usaha kali ini diberkati Allah S.W.T, berjaya dan aku dilimpahkan rezeki melalui projek
Gambar kenangan - projek pisang yang gagal.
Pisang Mas - Masih dalam proses penanaman
No comments:
Post a Comment