Monday, October 21, 2013

de Banggol 5


 Cabai burung/melaka/kecil//cili api / cili padi
yang ditanam di antara pokok-pokok pisang juga membesar dengan subur dab mula berhasil.

Pisang emas yang ditanam bulan april yang lalu, dah pun mula mengeluarkan hasil.
Alhamdulilah.......Syukur kehadrat Illahi.

Sunday, October 13, 2013

No Title - Cuma Terdetik Dihati.

Jangan bersedih, jangan putus asa, jangan terencat semangat.
Walau apa yang berlaku, teruskanlah perjuangan.

Biarkan ianya hanya terdetik dihati.
Tiada orang tak pernah merasa terguris hati.
Tiada orang tak pernah terasa kecewa.
Tiada orang tak pernah terasa putus asa.
Walaupun hanya terdetik dihati.
Jadi, biarkanlah ianya hanya terdetik dihati.
Cukup terdetik sahaja.
Jangan biarkan detik itu menjadi dentuman.

Insya'Allah ada bahagian untuk kita.
Telah diatur.
Cukup dan lengkap.
Dan.
Ada juga bahagian untuknya.
Juga telah diatur.
Juga cukup dan lengkap.

Sebenarnya, ini bukan sajak.  Juga bukan puisi.
Cuma terdetik dihati.

Bukan semua tak kena.
Tapi memang banyak telah terkena.
Cempaka Mas, Cempaka Triangle, De Banggol dan Galeri.

Baik orang wajar dipuji
Jahat orang wajar dikeji
Baik budi dan hasad dengki
Puncanya tetap dari hati. 

Ya....... cuma terdetik dihati.