Cuti sekolah pertengahan penggal 1 ni mula proses kembali tanah de Banggol. Tebang pokok-pokok
yang rasa tak diperlukan. Beberapa pokok durian dan rambutan serta pokok-pokok liar lain. Maklumlah tanah ni telah menjadi hutan dara sebelum ku miliki. Rasa bersalah dan sedih juga kerana terputuslah habuan pahala untuk orang dahulu yang tanam pokok-pokok tu.
Harap-harap dikurniakan kesihatan, kudrat, kesungguhan dan ketabahan oleh Yang Maha Esa untuk aku melaksanakannya . Juga diberkati segala usaha ini dan berjaya. Ammin.