Alhamdulilah.......syukur kehadrat Illahi kerana dengan kekuatan, kesabaran dan kecekalan yang dianugerahkan olehNya dapatlah hambaMu ini (3 Sept 2010 – 10.00 pm) melunaskan sebahagian lagi harga beli tanah di Banggol Sebelah. Terima kasih kepada Mak Cik Mi dan Kak Nor yang banyak bertolak ansur kerana kelewatan ini. Insya’Allah baki tiga ribu lagi akan aku selesaikan setelah pertukaran nama hak milik tanah itu dilaksanakan. Walaupun tanpa sebarang perjanjian bertulis, aku harap semuanya akan selesai pada tahun ini juga.
Ya Allah....... untuk kesekian kalinya aku bermohon daripada Mu lagi agar dianugerahkan kekuatan, kesabaran dan kecekalan disamping keteguhan iman agar aku dapat memanafaatkan tanah itu dengan sebaiknya. Berkatilah segala usaha-usaha yang telah dan akan aku lakukan khususnya di tanah itu dan juga di tanah-tanah lain. . Kurniakanlah juga kepada hambaMu ini rezeki yang melimpah ruah daripada sumber tanah-tanah itu. Sesungguhnya segalanya adalah milik hakikiMu. Sentiasalah peliahara hambaMu agar sentiasa reda dan syukur dengan apa-apa jua yang telah kau anugerahkan. Amin.