Musim durian lagi. Walaupun tidak semua tempat (khususnya di Batu Kurau dan sekitarnya), tetapi oleh kerana Batu Kurau memang kawasan durian maka banyak jugalah pokok yang berbuah. Pokok durian di Cempaka Mas baru mula mengeluarkan bunga. Bunga belum pecah dan belum gugur. Mengikut kiraan admin dan juga kata orang-orang yang berpengalaman dengan durian, durian akan masak dan gugur selepas lebih kurang 3 bulan 10 hari bunganya mula gugur. Bermakna kalau hari ini bunga mula gugur (28.3.11), durian akan masak dan gugur pada pertengahan Julai.
Musim durian yang tidak serentak lazimnya memberikan pulangan yang agak lumayan kepada pemilik dusun. Begitu jugalah kepada peraih dan penjual. Harga tolak kepada peraih antara RM 4.00 hingga RM5.00 sebiji. Kalau buah kecil, kampuh dimana dua atau tiga biji kira sebiji. Lumayan juga hasil yang diraih oleh pemilik dusun. Namun rasanya tidaklah selumayan apa yang diperolehi oleh peraih dan penjual. Harga pasaran pula paling rendah RM6.00 sekilogram dan sebiji purata beratnya antara 2.0 hingga 2.5 kg.
10 orang pemilik dusun katalah tiap seorang dapat keluar 50 biji sehari. Jadi peraih dapat kumpul 500 biji dan tolak pula kepada penjual dengan mark-up harga RM2.00 sebiji. Kiralah berapa jumlah yang diperolehi oleh peraih. Penjual pula, bagaimana. Berapa anggaran yang mereka perolehi jika mereka jual dengan harga RM 6.00 sekg. Itulah adanya dan tepatlah pepatah yang pernah ku dengar " pokok kita punya, buah depa punya"
........dan lazimnya juga apabila musim durian, pisang amat susah untuk dipasarkan terutama jenis pisang untuk makan tanpa diproses (masak atau goreng). Harganya turun mendadak. Terpaksa biarkan saja masak dipokok, habuan unggas.
Monday, March 28, 2011
Saturday, March 19, 2011
Tebu Moris
Antara hasil usaha yang sudah boleh dituai.
...... terasa sayang pulak nak potong. seronok tengok ruasnya terbentuk satu demi satu.
Kalau boleh nak tengok pucuknya terus meninggi menggapai awan...... kalaulah boleh!!!!
ha ha ha
Syukur Alhamdulilah, dengan izinNya segala penat lelah kudhrat sendiri kini tebu
yang ditanam sedang membesar dengan elok.
Inilah hasil tangan waktu cuti persekolahan akhir tahun 2010.
Terasa hilang segala penat lelah.
Sunday, February 27, 2011
Pisang Jari Buaya
Tengah hari tadi semasa menghantar pisang untuk dijual di pusat pengumpulan, aku terlihat sejenis pisang yang agak unik dan rasanya tak pernah ku lihat sebelum ini. Berbentuk runcing dan lurus macam jari. Terdapat dua belas sisir dalam tandan tu dan setiap sisir pula lapan hingga enam belas pisang. Belek-belak tandan pisang tu. memang sah, inilah kali pertama ku lihat pisang tu. Menurut tuan punya pusat pengumpulan tu, pisang tu adalah "pisang jari buaya".
Pisang Jari Buaya
Sunday, February 20, 2011
Cabaran dan Dugaan
Dalam usaha untuk menempa kejayaan, cabaran dan dugaan adalah satu perkara yang seolah wajib kita alami dan tempuhi. Besar atau kecil cabaran dan dugaan itu hanya orang mengalami dapat mentafsir dengan tepat. Mungkin pada tafsiran sendiri, ianya besar dan amat mencabar tetapi orang lain mentafsirnya itu hanya dugaan kecil. Dan begitu juga sebaliknya. Bentuknya juga berbagai, semula jadi, kesilapan sendiri, kurang pengalaman, angkara pemangsa dan perosak. Satu lagi bentuk adalah angkara sesama manusia; curi dan dengki, itulah yang paling kerap disamping penipuan dan ingkar janji.
Namun, walau apapun cabaran dan dugaan yang dihadapi, yang penting kita mesti hadapinya dengan sebaik mungkin. Tiada kejayaan bagi orang yang tewas. Beralah mungkin wajar, tapi perlu kena pada situasi dan bentuk cabaran. Kata pujangga, usah kita fikirkan berapa kali kita jatuh, tetapi fikirkanlah berapa kali kita bangun semula daripada sesuatu kejatuhan. Apakah pula langkah-langkah yang kita ambil untuk menangani dan mengatasinya.
Di Cempaka Mas, semua ini memang biasa dihadapi. Kalau dalam bentuk semula jadi kesan daripada fenomena alam seperti kemarau, ribut serta hujan berlebihan memanglah kita tak daya mengatasinya secara total. .............................................. Ya Allah, berkati segala usaha-usaha hambaMu ini dan lindungilah daripada apa-apa dugaan dan cabaran yang diluar kemampuan hambaMu ini untuk menghadapinya. Amin.

Saturday, February 12, 2011
Cabaran dan Kejayaan
Alhamdulilah, syukur kehadrat Illahi, pokok-pokok pisang yang ditanam lebih kurang sepuluh bulan yang lalu telah mula mengeluarkan hasil. Sejak awal Januari, beberapa tandan telahpun terjual dan dapatlah beberapa ratus ringgit. Sebenarnya pisang-pisang tu agak kurang menjadi, lambat membesar dan saiz tandannya agak sederhana. Entahlah....... kata orang pisang di tanah bekas bendang memang begitu. Pusingan pertama pengeluaran hasil agak kurang dari segi saiz tandan yang kurang besar tetapi mungkin akan berubah untuk penghasilan pada musim kedua dan seterusnya. Apa yang perlu pokok mestilah dijaga dan dibaja. Harap-harap begitulah.
Bendi yang ditanam di antara pokok tebu juga sedang rancak mengeluarkan hasil. Walaupun tidaklah banyak tapi memadailah lepas untuk keperluan sendiri dan sedekah pada kawan-kawan dengan niat untuk orang-orang dulu yang mewariskan tanah yang aku usahakan ini.
Pokok-pokok tebu yang baru berusia tiga bulan............... alhamdulilah...... membesar dengan elok. Harap-harap terhindar daripada perosak dan pemangsa. Terus subur, membesar dan menghasilkan batang-batang tebu yang berkualiti.
Friday, December 31, 2010
Bila Mercun Berbunyi.
Ketika aku memulakan tulisan ini, bunyi mercun menandakan kemunculan tahun baru 2011 sedang berdentam-dentum dan serentak dengan itu, percikan bunga api juga bertebaran menerangi ruang angkasa. Begitulah lazimnya. Sinonim dan menggambarkan suatu keriangan dan kejayaan. Seolah telah menjadi budaya bagi menyambut sesuatu. Tahun baru dan juga hari-hari perayaan, Aidil Fitri, Tahun Baru Cina, Depavalli, Kristmas dan Hari Kebangsaan.
Munculnya 2011 juga bermakna telah tiga tahun aku bersama dengan Cempaka Mas. Satu usaha pertanian yang dilakukan secara 'part-time', konvensional dan bersendirian menggunakan kudrat tenaga empat kerat. Memang mencabar dan memerlukan komitmen yang jitu. Namun aku gembira dan rasa puas. Setiap hari ketika berpeluh berpanas di KKCM, azam untuk berjaya dengan cemerlang (mengikut KPI sendiri) tetap ku genggam padu. Berundur atau sekadar menoleh kebelakang, Insya'Allah tidak akan ada dalam kamus bersama KKCM.

Saturday, December 25, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)