Showing posts with label azam. Show all posts
Showing posts with label azam. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Bila Mercun Berbunyi.

Ketika aku memulakan tulisan ini, bunyi mercun menandakan kemunculan tahun baru 2011 sedang berdentam-dentum dan serentak dengan itu, percikan bunga api juga bertebaran menerangi ruang angkasa.  Begitulah lazimnya.  Sinonim dan menggambarkan suatu keriangan dan kejayaan.  Seolah telah menjadi budaya bagi menyambut sesuatu.  Tahun baru dan juga hari-hari perayaan, Aidil Fitri, Tahun Baru Cina, Depavalli, Kristmas dan  Hari Kebangsaan.

Munculnya 2011 juga bermakna telah tiga tahun aku bersama dengan Cempaka Mas.  Satu usaha pertanian yang dilakukan secara 'part-time', konvensional dan bersendirian menggunakan kudrat tenaga empat kerat.  Memang mencabar dan memerlukan komitmen yang jitu.  Namun aku gembira  dan rasa puas.  Setiap hari ketika berpeluh berpanas di KKCM, azam untuk berjaya dengan cemerlang (mengikut KPI sendiri) tetap ku genggam padu.  Berundur atau sekadar menoleh  kebelakang, Insya'Allah tidak akan ada dalam kamus bersama KKCM.






  

Tuesday, September 22, 2009

Projek Akhir Tahun 2009

  



Tanah bekas bendang.  Keluasan - 3 ekar.  Projek tulang empat kerat aku hujung tahun ni.  Sebenarnya tanah ni dah aku usahakan mulai Jun 2008 (tengoklah tarikh tu).   Buat parit keliling, pagar dan bajak.  Lebih sebelah tangan juga aku habis.  Cuci kawasan, buat parit, buat kolam dan tebang pokok aku sewa es'tor swasta, bajak sewa dari LPP.  Lain-lain aku  buat sendiri - Pacak tiang pagar, pasang pagar dan kerja-kerja lain.  Setiap hari lepas balik daripada tugas rasmi di RP, aku terus tukar profesion.  4.00 hingga 6.00.  +-1/2 jam ke kebun di ulu.  Round kebun pisang dan bagi makan ikan. .  Dan +- 1 jam lagi, di sinilah aku.  Itulah masa yang ada kecuali hujung minggu.  Semangat dan azam aku cukup tinggi.  Tak padan dengan keadaan fizikal aku.(170 cm dan mtain 48 - 50 kg)

Waktu itu, aku cukup yakin dapat lakukannya sendiri.  Tengah okt, setelah selesai buat pagar aku mula buat batas.  Nak tanam terung.  Alhamdulilah, berjaya juga tapi tak banyaklah. Untuk semangat.( cerita tentang terung aku dah tulis sebelum ni).  Sambil tunggu pokok terung tu besar, aku buatlah batas lagi disamping kerja-kerja lain.  

Pendekkan cerita, aku akan mulakannya semula.  Projek 2008 bukan gagal tapi saja aku biarkan tapak tu ditumbuhi rumput semula.  Aku akan ternak kambing di tapak tu.

Saturday, September 19, 2009

Jutawan Tani 2015

Sempena 1 Syawal 1430 Hijrah ni,
aku berazam,
MENJELANG 2015
aku
MESTI BERGELAR JUTAWAN TANI.
INSYA'ALLAH.
dan
pada kalian doakanlah kejayaan aku