Saturday, November 5, 2011
Kawalan Serangga: Racun Basmi Serangga Perosak Jenis Premise SC 200
Kawalan Serangga: Racun Basmi Serangga Perosak Jenis Premise SC 200: Terdapat banyak jenis racun serangga perosak yang digunakan untuk mengawal serangga. Salah satu racun serangga yang digunakan untuk membasmi...
Wednesday, November 2, 2011
Alahai........Tebu ku
Alahai tebu-tebu
ku.......
Sepatutnya lebih subur dan dan mula berbatang.....
Nak kata tak berbaja......sepanjang 3 bulan ni dah dua kali aku lakukannya. Atau terkena percikan racun rumpai. Maalumlah kerana nak cepat tu hari aku racun
guna power spray.
Rupanya
anai-anai.......
Dua bulan bertungkus
lumus (Ogos dan September) menggunakan teknologi cangkul. Buat lubang satu demi satu. Penat.......berhenti kejap......sambung
lagi. Sepetang.....lepas waktu kerja,
dapatlah beberapa lubang. Bulan puasa
plaknya tu. Siap 3 ke 4 lajur, letak
benih. Ada yang dirawat dan ada yang
tidak, tapi lebih banyak yang tidak dirawat.
Dapatlah 24 lajur dan tiap lajur 25 lubang. 600 lubang semuanya.
Penuh keluasan lebar tanah.
Itulah akibatnya
kerana terlalu exaited. Maklumlah dalam
bulan puasa. Tebu sedia ada agak laris. Berazamlah nak tanam sekali ganda lagi. Maka pokok pisang yang kurang menjadi aku
ganti dengan tebu.
Tamak dan bongkakkah
aku!!!!!!!! Dan Tuhan memang tak suka orang yang tamak dan bongkak.
Aku harap
tidak......kerana azamku memang untuk berjaya dibidang ini. Dan mungkin juga
kegigihan aku berusaha belum lagi cukup
untuk aku lebih berjaya.
Waduh.....Kebunku!
Waduh-waduh.......kebunku!!!!!
Kenapa boleh begini jadinya. Cepat sungguh rerumput semak tu memenuhi ruang.
Lain yang dibaja, lain pulak yang tumbuh subur.
Aahhhh.....ini adalah proses merehatkan tanah sebelum penanaman semula pisang.
Kelapa matag dah mula belajar berbuah setelah lebih kurang hampir empat tahun.
Ok dah....... bolehlah start gali lubang untuk pisang mulai November ni.
Thursday, September 29, 2011
Kahwa 2
Inilah kaedah memetik daun kahwa yang saya amalkan. Helaian daun yang tumbuh bertentangan di dahan
dipetik secara bersilang. Tujuannya untuk menggalakkan pertumbuhan dahan baru daripada mata tunas di bahagian daun yang dipetik. Diharapkan juga agar dahan akan tumbuh secara bersilang. Helaian daun yang tinggal akan dipetik apabila dahan telah tumbuh di mata tunas bertentangan.
Ini pula kaedah yang saya gunakan untuk mengeringkan daun kahwa.
Benang nylon dan jarum digunakan dan daun direntang ditempat berbumbung yang
mempunyai peredaran udara yang baik. Tujuannya agar daun mengering perlahan-lahan.
Ini juga untuk menghilangkan rasa dan bau daun pada minuman yang dihidangkan.
Daun-daun kahwa yang telah cukup kering dan sesuai dikisar menjadi serbuk teh.
Wednesday, September 14, 2011
Sunday, July 31, 2011
Kahwa
Tentang pokok kahwa ni, admin memang tidak mempunyai banyak maklumat mengenainya.
Admin mengenalinya pun sejak bermastuatin di Perak. Pokok kahwa ni jenis berbatang keras macam pokok kopi. Daun dan buahnya juga hampir sama. La ni adalah tanam - Mac 2010.
Dua pokok je (gambar 3). Satu minta dengan abang sepupu wife dan satu lagi, kenalan bagi.
Sepokok berdaun hijau terang dan sepokok lagi hijau kekuningan.
Bulan Januari lepas, pokok yang berdaun hijau terang tu mula berbunga. Juga macam bunga kopi.
Putih dan lima kelopak. Jadilah buah beberapa biji. Lebih kurang 6 bulan baru buah tu masak.
Orang-orang dulu gunakan daun pokok kahwa ni sebagai teh. Sedap..... dulu kali pertama rasa......admin terus sukannya. Sebab tu admin tanam, walaupun hanya dua pokok...... cukuplah untuk
kegunaan sendiri. Buah yang dah matang tu, admin akan semai untuk tambah bilangan pokok yang ada.
La ni nampak banyak juga putik. Kecil lagi, saiz kepala jarum peniti. Moga-moga terus membesar.
Admin percaya dan yakin teh kahwa ni mempunyai kelebihan berbanding teh-teh lain yang ada dipasaran.
Tebu Moris II
Hari ini, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah. Baru sebentar tadi diumumkan
oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, esok 1 Ramadhan. Seluruh umat Islam akan mula
menunaikan satu lagi kewajipan iaitu ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan.
Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Illahi kerana kita semua diketemukan lagi dengan bulan
yang mulia dan penuh kerahmatan. Sama-sama sekali lagi kita berpeluang menggandakan amalan
disamping menunaikan ibadah puasa dan menikmati keistimewaan bulan yang mulia ini.
Insya'Allah...... semoga kita semua diberi kekuatan untuk merebut peluang dengan
melaksanakan apa yang dituntut sama ada yang fardu atau sunat dengan sesempurna mungkin.
Dan seperti lazimnya............................... Alhamdulilah...... KKCM pada tahun ini telah ...........
Semoga hasil dan rezeki yang dikurniakan melalui KKCM ini sedikit sebanyak dapat
menyumbang kepada keperluan umat dalam menyemarakkan lagi Ramadhan Al-Mubarak selain
dapat membuka peluang rezeki.
Semoga segalanya diterima oleh Allah S.W.T sebagai ibadah dan juga beroleh keberkatan dariNya.
Amin.....
Subscribe to:
Posts (Atom)