Sunday, February 28, 2010

Projek Gagal Lagi

Projek Tanah 2 - Cempaka Triangle









Lot 2 - Projek terung disember 2009.
  Gagal lagi, buat kali kedua.  Kegagalan pertama pada Mac 2009.  Aku kurang pasti sebab apa.  Tgh-tgh hidup subur dan udahpun mula berbunga, sedahan demi sedahan daunnya layu. 
Gambar-gambar tu diambil pada awal februari 2010.  Sepatutnya sekarang ni sedang galak pungut hasil.  
Tapi apa nak buat.  Masih belum ada rezeki disini.  Tinggallah beberapa pokok.  Cukuplah untuk kegunaan sendiri.  Reda dengan kegagalan ini. Cabaran, dugaan dan ujian Tuhan.  Mungkin kerana kesilapan sendiri.   
Insya'Allah Mac ni aku akan mulakan semula projek di tapak ini. 
Mungkin bendi.....aku harap kali ini berjaya.


Sepanjang Februari  musim panas.  Tak berani nak tanam, bimbang tak terjaga (siram) tanpa bantuan hujan.  Buatlah kerja-kerja apa yang patut.  Penyediaan semula kawasan di lot 1 dan lot 3.  Lot 3  untuk pisang mas - anggaran boleh tanam 400 pokok.  Di lot 1, cadangnya untuk rumah pertanian.  
Buat  pagar semula yang lebih kukuh untuk elakkan musuh
terutama kambing/lembu (siang) dan babi/kerbau (malam) memasuki kawasan.  
Terpaksa tambah lagi pelaburan.  

Dpn ni, lot 1 - tapak untuk rumah pertanian.
"BUKAN MUDAH NAK BERJAYA DAN JUGA BUKAN MUDAH UNTUK GAGAL JIKA KITA TELAH BERUSAHA DENGAN SEWAJARNYA"
cuma.......belum ada rezeki.

Friday, February 26, 2010

Ulam dan sayur kampung


Pucuk Salang


Pokok Salang


Pokok Cabang Tiga (Tenggek Burung)

Limau Kasturi

Kunyit

Pokok Cermai

Monday, February 8, 2010

Perniagaan, Pertanian, Farmer, rajin, kaya dan risiko

Pertanian adalah perniagaan dan 9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan.  Hakikat kata-kata itu, rasanya semua orang tahu.  Tak kira apa bangsa, apa agama dan dimana tinggal.  Kalau di barat, pandangan masyarakat terhadap 'farmer' begitu tinggi.  Sinonim dengan maksud 'orang kaya'.  Di Malaysia pun nampaknya pandangan itu kian terserlah.  Namun keterserlahannya masih belum dapat menandingi pandangan  'sikap rajin' pada 'farmer' di sini.  Walau bagaimanapun bagi sesetengah orang, 'rajin' mempunyai signifikan dengan 'kaya' dan 'farmer'.  Kalau tak rajin mereka tak kan jadi farmer dan kalau tak rajin mereka tak kan jadi kaya.

Berbalik kepada pertanian adalah perniagaan tadi.  Kita juga harus tahu dan faham bahawa setiap perniagaan pasti punya risiko.  Tak kira perniagaan apa dan apa bentuk perniagaan itu.  Risiko tetap ada disebaliknya.  Kesediaan peniaga untuk menangani risiko mestilah cemerlang bagi meraih kejayaan.  Risiko mesti ditangani dengan cemerlang kerana kesannya adalah kerugian.

Akibatnya rugi.... rugi yang terus memusnahkan impian.... itulah yang paling ditakuti oleh peniaga ............. Namun untuk mengelakkan atau mengurangkan rugi jika berdepan dengan risiko.......................

Sunday, February 7, 2010

'kurusnya pepokok pisang tu..... tak bebaja je'

' pokok limau nipis dah mula mengeluarkan hasil'

" ........ janganlah jadi manusia yang amat rendah darjatnya  iaitu 
dia tidak tahu, dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu atau dia tidak tahu
pura-pura buat macam tahu"

"  selalu ingat pertolongan orang pada kita, lupakan pertolongan kita pada orang.
Ingat salah kita pada orang, lupakan salah orang pada kita........."

(Dr. Mohd Ridhuan Tee)

"......Bersembang kosong memang membazir masa, bahkan kadang kala menempah berbagai dosa.
Namun berbual bersama teman apatah lagi dengan insan-insan
yang berilmu banyak faedahnya"

(Dr. Maza)

Kelapa Matag

'Kelapa pandan'

'pisang raja'

'pisang rastali'
'Pisang helang'



Thursday, February 4, 2010

KKCM 1

Apabila menceburkan diri dalam dunia pertanian, mahu tak mahu kita terpaksa menghadapi dan terpaksa akur dengan pelbagai cabaran dan risiko.  Bagiku, untuk berjaya bukan sesuatu yang mudah dan pasti  Gagal pula mungkin sesuatu yang hampir pasti.  Semangat, ketabahan, daya usaha, ilmu serta ongkos perlu mantap.  Usah sesekali kita berundur terus setelah menceburi dunia ini.   Berundur terus bermakna tewas.  Tewas bermakna rugi.  Namun berundur  sementara bagi mengatur dan merancang strategi baru adalah sesuatu yang perlu.  Tapi awas, merancang sesuatu itu seronok, macam-macam kejayaan dapat kita capai, semuanya nampak boleh...........

Namun, walau apapun yang berlaku setelah kita menceburi dunia ini, kita mesti sentiasa bersyukur dan reda.  BERBUDI PADA TANAH..... YA, KITA MESTI TERUS LAKUKANNYA SELAGI KITA MASIH DIKURNIAKAN KUDRAT.  INSYA'ALLAH.

Monday, January 25, 2010

Khasiat Buah Pisang

Mengapa pisang sesuai menjadi makanan seharian kita?
-  Mengandungi 3 jenis gula semula jadi iaitu sukrosa,fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian.  -  -  Memberi tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.
-  Hasil kajian - 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.
-  Dijadikan bahan utama kepada atlit terkenal dunia.
-  Merawat dan mencegah beberapa jenis penyakit:
     - Tekanan jiwa - kerana pisang mengandungi tryptophann iaitu sejenis protein yang bertukar kepada  b  
                               serotonin dalam tubuh manusia, menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan    
                               membuat kita rasa gembira.
     -  Anemia -  kandungan zat besi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah yang
                        secara tidak langsung membantu mencegah anemia.
     -  Tekanan darah tinggi -  kadar potassium tinggi dan kadar garam rendah dapat menstabilkan tekanan
                                            darah.
     -  Penghadaman - kadar gentian yang tinggi dapat membantu menstabilkan tindakan penghadaman usus kecil dan besar.
     -  Keletihan - pisang bertindak menyejukkan perut apabila dibuat minuman dan dicampur dengan madu dan susu.  Madu pula membantu membina kandungan gula dalam darah.  Manakala susu membaiki sistem hidrasi.
     -  Panas jantung - Kesan anti asid semula jadi membantu mermulihkan rasa panas di jantung.
     -  Demam pagi - pisang memeliahara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
     -  Obesiti dan tekanan kerja - Hasil kajian Inst. Psikologi Austria, tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilanan makanan seperti cokelat dan kerepek.  Kebanyakan obes juga disebabkan melakukan kerja bertekanan tinggi.  Untuk mengatasi masalah ini, kadar gula dalam darah perlu dikawal dengan pengambilan makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam bagi mengekalkan kestabilannya.
     -  Ulser - Pisang bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman.  Juga bertindak menutralkan lebihan asid dan mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti dinding perut.
     -  Kawalan emosi - Memakan pisang dapat menurunkan suhu fizikal dan emosi.
     -  Ketagihan rokok dan tembakau - Vitamin B6, B12, pottasium dan magnesium dalam pisang  membaik pulih kesan nikotin terhadap tubuh.
     -  Stress -  Apabila stress kadar metabolisme akan naik dan menyebabkan kadar pottasium turun.  Kandungan pottasium yang tinggi pada pisang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen ke otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh.
     -  Strok  -  Risiko strok mampu dikurangkan 40% dengan pengambilan pisang sebagai diet.
     -  Penyakit kulit - jerawat, kudis, parut, kurap dapat dirawat dengan melekapkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang ingin dirawat

* Pisang mengandungi 4 kali lebih kandungan protein berbandingh epal.  2 kali karbohidrat, 3 kali forforus, 5 kasli vitamin A dan zat besi, 2 kali vitamin dan mineral.

*jangan sekali-kali simpan pisang dalam peti sejuk*

Saturday, December 12, 2009

Projek Akhir Tahun 2009 - 3

Malam ini.....hampir separuh malam aku gunakan masa untuk mengkaji tentang penanaman tebu daripada web bicara jutawan.  Banyak juga ilmu yang aku perolehi............. Orang lain dah advance tapi aku baru nak mula walaupun azam untuk menanam tebu dah lama tersemat kukuh.  Namun aku percaya, aku masih belum terlambat.  Yang penting kini aku telah memulakannya.

Petang semalam (12.12.09) selepas tebang pisang aku rehat sambil minum segelas teh ais di gerai berhampiran kebunku.  Biasalah....... sambil minum, bersembanglah dengan orang-orang kampung.  Tentang pisang, tentang petai, tentang tebu dan sesikit lain-lain hal.  Memang sudah resam ku, apabila di kampung aku AKAN menjadi orang kampung secara total.  Profesyen ku sebagai guru (Guru Cemerlang) dan Darjah Kebesaran Negeri yang ku miliki akan ku lindung disebalik resam itu.  Namun panggilan 'cikgu' tetapTAK dapat dihindarkan.  Memang sudah menjadi resam sejagat.  ...........Adalah lebih kurang setengah jam.  Lepas tu aku terus ke kebun ku yang satu lagi, cempaka triangle.  Di situlah TAPAK projek tanaman tebu aku yang masih belum dapat dilaksanakan.  Walaupun tak luas, tapi memadailah dengan kudrat ku yang ada.

Semoga ilmu yang aku dapat ini dapat aku realisasikan.  Insya'Allah.  Walaupun ku kira kurang tepat pepatah ini untuk ku gunakan tapi ada jugalah kaitannya serba sedikit.
Aku tak mau menjadi orang yang hanya
menamam tebu dihujung bibir.