Dalam usaha untuk menempa kejayaan, cabaran dan dugaan adalah satu perkara yang seolah wajib kita alami dan tempuhi. Besar atau kecil cabaran dan dugaan itu hanya orang mengalami dapat mentafsir dengan tepat. Mungkin pada tafsiran sendiri, ianya besar dan amat mencabar tetapi orang lain mentafsirnya itu hanya dugaan kecil. Dan begitu juga sebaliknya. Bentuknya juga berbagai, semula jadi, kesilapan sendiri, kurang pengalaman, angkara pemangsa dan perosak. Satu lagi bentuk adalah angkara sesama manusia; curi dan dengki, itulah yang paling kerap disamping penipuan dan ingkar janji.
Namun, walau apapun cabaran dan dugaan yang dihadapi, yang penting kita mesti hadapinya dengan sebaik mungkin. Tiada kejayaan bagi orang yang tewas. Beralah mungkin wajar, tapi perlu kena pada situasi dan bentuk cabaran. Kata pujangga, usah kita fikirkan berapa kali kita jatuh, tetapi fikirkanlah berapa kali kita bangun semula daripada sesuatu kejatuhan. Apakah pula langkah-langkah yang kita ambil untuk menangani dan mengatasinya.
Di Cempaka Mas, semua ini memang biasa dihadapi. Kalau dalam bentuk semula jadi kesan daripada fenomena alam seperti kemarau, ribut serta hujan berlebihan memanglah kita tak daya mengatasinya secara total. .............................................. Ya Allah, berkati segala usaha-usaha hambaMu ini dan lindungilah daripada apa-apa dugaan dan cabaran yang diluar kemampuan hambaMu ini untuk menghadapinya. Amin.
Sunday, February 20, 2011
Saturday, February 12, 2011
Cabaran dan Kejayaan
Alhamdulilah, syukur kehadrat Illahi, pokok-pokok pisang yang ditanam lebih kurang sepuluh bulan yang lalu telah mula mengeluarkan hasil. Sejak awal Januari, beberapa tandan telahpun terjual dan dapatlah beberapa ratus ringgit. Sebenarnya pisang-pisang tu agak kurang menjadi, lambat membesar dan saiz tandannya agak sederhana. Entahlah....... kata orang pisang di tanah bekas bendang memang begitu. Pusingan pertama pengeluaran hasil agak kurang dari segi saiz tandan yang kurang besar tetapi mungkin akan berubah untuk penghasilan pada musim kedua dan seterusnya. Apa yang perlu pokok mestilah dijaga dan dibaja. Harap-harap begitulah.
Bendi yang ditanam di antara pokok tebu juga sedang rancak mengeluarkan hasil. Walaupun tidaklah banyak tapi memadailah lepas untuk keperluan sendiri dan sedekah pada kawan-kawan dengan niat untuk orang-orang dulu yang mewariskan tanah yang aku usahakan ini.
Pokok-pokok tebu yang baru berusia tiga bulan............... alhamdulilah...... membesar dengan elok. Harap-harap terhindar daripada perosak dan pemangsa. Terus subur, membesar dan menghasilkan batang-batang tebu yang berkualiti.
Friday, December 31, 2010
Bila Mercun Berbunyi.
Ketika aku memulakan tulisan ini, bunyi mercun menandakan kemunculan tahun baru 2011 sedang berdentam-dentum dan serentak dengan itu, percikan bunga api juga bertebaran menerangi ruang angkasa. Begitulah lazimnya. Sinonim dan menggambarkan suatu keriangan dan kejayaan. Seolah telah menjadi budaya bagi menyambut sesuatu. Tahun baru dan juga hari-hari perayaan, Aidil Fitri, Tahun Baru Cina, Depavalli, Kristmas dan Hari Kebangsaan.
Munculnya 2011 juga bermakna telah tiga tahun aku bersama dengan Cempaka Mas. Satu usaha pertanian yang dilakukan secara 'part-time', konvensional dan bersendirian menggunakan kudrat tenaga empat kerat. Memang mencabar dan memerlukan komitmen yang jitu. Namun aku gembira dan rasa puas. Setiap hari ketika berpeluh berpanas di KKCM, azam untuk berjaya dengan cemerlang (mengikut KPI sendiri) tetap ku genggam padu. Berundur atau sekadar menoleh kebelakang, Insya'Allah tidak akan ada dalam kamus bersama KKCM.
Munculnya 2011 juga bermakna telah tiga tahun aku bersama dengan Cempaka Mas. Satu usaha pertanian yang dilakukan secara 'part-time', konvensional dan bersendirian menggunakan kudrat tenaga empat kerat. Memang mencabar dan memerlukan komitmen yang jitu. Namun aku gembira dan rasa puas. Setiap hari ketika berpeluh berpanas di KKCM, azam untuk berjaya dengan cemerlang (mengikut KPI sendiri) tetap ku genggam padu. Berundur atau sekadar menoleh kebelakang, Insya'Allah tidak akan ada dalam kamus bersama KKCM.
Saturday, December 25, 2010
Sunday, December 12, 2010
Tuesday, November 9, 2010
Friday, September 3, 2010
Tanah Banggol
Alhamdulilah.......syukur kehadrat Illahi kerana dengan kekuatan, kesabaran dan kecekalan yang dianugerahkan olehNya dapatlah hambaMu ini (3 Sept 2010 – 10.00 pm) melunaskan sebahagian lagi harga beli tanah di Banggol Sebelah. Terima kasih kepada Mak Cik Mi dan Kak Nor yang banyak bertolak ansur kerana kelewatan ini. Insya’Allah baki tiga ribu lagi akan aku selesaikan setelah pertukaran nama hak milik tanah itu dilaksanakan. Walaupun tanpa sebarang perjanjian bertulis, aku harap semuanya akan selesai pada tahun ini juga.
Ya Allah....... untuk kesekian kalinya aku bermohon daripada Mu lagi agar dianugerahkan kekuatan, kesabaran dan kecekalan disamping keteguhan iman agar aku dapat memanafaatkan tanah itu dengan sebaiknya. Berkatilah segala usaha-usaha yang telah dan akan aku lakukan khususnya di tanah itu dan juga di tanah-tanah lain. . Kurniakanlah juga kepada hambaMu ini rezeki yang melimpah ruah daripada sumber tanah-tanah itu. Sesungguhnya segalanya adalah milik hakikiMu. Sentiasalah peliahara hambaMu agar sentiasa reda dan syukur dengan apa-apa jua yang telah kau anugerahkan. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)