Friday, December 31, 2010

Bila Mercun Berbunyi.

Ketika aku memulakan tulisan ini, bunyi mercun menandakan kemunculan tahun baru 2011 sedang berdentam-dentum dan serentak dengan itu, percikan bunga api juga bertebaran menerangi ruang angkasa.  Begitulah lazimnya.  Sinonim dan menggambarkan suatu keriangan dan kejayaan.  Seolah telah menjadi budaya bagi menyambut sesuatu.  Tahun baru dan juga hari-hari perayaan, Aidil Fitri, Tahun Baru Cina, Depavalli, Kristmas dan  Hari Kebangsaan.

Munculnya 2011 juga bermakna telah tiga tahun aku bersama dengan Cempaka Mas.  Satu usaha pertanian yang dilakukan secara 'part-time', konvensional dan bersendirian menggunakan kudrat tenaga empat kerat.  Memang mencabar dan memerlukan komitmen yang jitu.  Namun aku gembira  dan rasa puas.  Setiap hari ketika berpeluh berpanas di KKCM, azam untuk berjaya dengan cemerlang (mengikut KPI sendiri) tetap ku genggam padu.  Berundur atau sekadar menoleh  kebelakang, Insya'Allah tidak akan ada dalam kamus bersama KKCM.






  

Sunday, December 12, 2010

Tebu






Hasil tangan waktu cuti akhir tahun persekolahan 2010

Tuesday, November 9, 2010

Tebu dan Pisang Mas







Tebu dan pisang di Cempaka Triangle

Friday, September 3, 2010

Tanah Banggol

Alhamdulilah.......syukur kehadrat Illahi kerana dengan kekuatan, kesabaran dan kecekalan yang dianugerahkan olehNya dapatlah hambaMu ini (3 Sept 2010 – 10.00 pm) melunaskan sebahagian lagi harga beli tanah di Banggol Sebelah.  Terima kasih kepada Mak Cik Mi dan Kak Nor yang banyak bertolak ansur kerana kelewatan ini.  Insya’Allah baki tiga ribu lagi akan aku selesaikan setelah pertukaran nama hak milik tanah itu dilaksanakan.  Walaupun tanpa sebarang perjanjian bertulis, aku harap semuanya akan selesai pada tahun ini juga. 
Ya Allah....... untuk kesekian kalinya aku bermohon daripada Mu lagi agar dianugerahkan kekuatan, kesabaran dan kecekalan disamping keteguhan iman agar aku dapat memanafaatkan tanah itu dengan sebaiknya.  Berkatilah segala usaha-usaha yang telah dan akan aku lakukan khususnya di tanah itu dan juga di tanah-tanah lain.  . Kurniakanlah juga kepada hambaMu ini rezeki yang melimpah ruah daripada sumber tanah-tanah itu.  Sesungguhnya segalanya adalah milik hakikiMu.  Sentiasalah peliahara hambaMu agar sentiasa  reda dan syukur dengan apa-apa jua yang telah kau anugerahkan.  Amin.