Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Monday, November 2, 2009

Tilapia Part 2

Sehingga hari ini, telah hampir dua tahun aku mengushakan ternakan ikan tilapia secara kecil-kecilan.  Ikan tilapia merah.....itulah satu-satunya ikan air tawar kegemaranku.  Walaupun namanya tilapia merah tapi warna sebenarnya adalah merah jambu (pink).  Warna yang seronok dipandang.
 
kolam di cempaka mas



kerja mengorek kolam - di Cempaka Triangle

Kolam yang aku ada hanyalah tiga buah.  Dua buah di kebunku-cempaka mas dan sebuah lagi di cempaka triangle.  Atas sebab tertentu, kolam dan tanah di cempaka triangle masih belum dapat ku usahakan lagi.  Pertengahan tahun lepas dah mula buat tetapi atas sebab tertentu - jadi projek terbangkalai.  Namn aku harap ianya tidak akan terus terbengkalai.  Akhir tahun ini, aku akan usahakan semula walau dengan tenaga tulang empat kerat.

Berbalik tentang ikan tilapia  di kolam cempaka-mas.   Air di kolam itu aku salirkan terus dari air terjun berhampiran.  Kualiti airnya memang cantik.  Bersih dan menyegarkan.  Ikan-ikan dapat hidup dan membesar dengan sempurna.  Kualiti ikan yang terhasil juga aku kira adalah yang terbaik dalam kumpulannya.  Warnanya pink muda yang seronok dipandang.  Tidak berbau hanyir.  Malah kalau untuk dibakar, memadai dengan membersihkannya sahaja dan terus bakar tanpa perlu dilumur dengan rempah ratus, kunyit, asam dan garam.  Rasanya.........itulah yang paling istimewa. Lazat dan manis.  Pernah aku jual (sekali je) di pasar malam........sambutan sangat menggalakkan.  Habisss tak berbaki.  Bagi pelanggan yang mengenaliku memang memberikan reaksi positif dan pesan minta hantar ke rumah jika ada lagi.

Pusingan pertama, hasil yang ku perolehi sangat memberangsangkan walaupun bukan dalam bentuk wang.  Banyak juga aku sedekahkan pada rakan-rakan dan orang-orang kampung.  (tanah pusaka dan yang pasti dan bukan milik aku)  Niat aku semuanya untuk orang-orang dulu yang mengusahakan membuka dan memiliki tanah itu.  Itulah yang dapat aku hadiahkan seadanya.  Rasa puas dan gembira.  Aku harap tidaklah sampai bangga, riak dan takabur.  Sekadar untuk berkongsi hasil yang diperolehi

Sunday, August 9, 2009

Tilapia Part 1



Seronok bela ikan ni. Selain untuk mendapatkan hasil, saat yang paling indah ketika duduk di tepi kolam. Bermain dengan ikan sambil berehat setelah penat membersihkan kebun pisang.

Amacam, tengoklah ikan tilapia tu. Manjanya. Main ditangan. Mudah ditengkap. Tapi kalau dengan orang lain, jangan cuba. Memang tak dapat. Ikan-ikan tu manja dengan tuannya je.

Ikan yang aku bela tu, taklah banyak. Cuma dua kolam je. Guna air yang disalirkan dari air terjun. Airnya bersih dan sentiasa segar. Ikan hidup sihat dan segar bugar. Tengoklah warnanya tu, pink muda.

Istimewanya ikan yang aku bela guna air tu adalah dari segi tumbesarannya dan juga rasa. Lebih cepat membesar, tidak hanyir dan rasanya sangat lazat. Bersihkan dan terus bakar. lagi lazat. Tak perlu bagi asam, kunyit dan garam. Dah masak, ratah saja.

Ok, nak cuba....... mai lah.