Tuesday, February 25, 2014

Durian Belanda / Benggala


Antara pokok durian belanda yang ditanam lebih sebulan yang lalu di Banggol Mas.
Kebetulan pula musim kemarau panjang.  Terpaksa siram dua hari sekali untuk 
selamatkannya.  Harap-harap terus hidup subur.



Baru dapat cara menyemai pokok durian belanda.
Dalam masa tiga minggu dah berdaun.
Hujung minggu ni akan dipindahkan ke polybag.
Dapat teknik ni dari blog rakan-rakan maya yang sama minat tapi
dah lupa blog mana.
Kebetulan tadi ada sahabat tanya teknik menyemai pokok ni.

Wednesday, February 5, 2014

Di balik sungai de Banggol Mas.




Satu lagi lokasi - perlukan pengorbanan, semangat dan kudrat yang jitu.
Di sebalik sungai de Banggol Mas.
Target menjelang Ramadhan perlu disiapkan.
Semoga dikurniakan Allah semangat, ketabahan dan kudrat.
Juga dikurniakan olehNya keberkatan atas segala usaha yang dilakukan.

Monday, October 21, 2013

de Banggol 5


 Cabai burung/melaka/kecil//cili api / cili padi
yang ditanam di antara pokok-pokok pisang juga membesar dengan subur dab mula berhasil.

Pisang emas yang ditanam bulan april yang lalu, dah pun mula mengeluarkan hasil.
Alhamdulilah.......Syukur kehadrat Illahi.

Sunday, October 13, 2013

No Title - Cuma Terdetik Dihati.

Jangan bersedih, jangan putus asa, jangan terencat semangat.
Walau apa yang berlaku, teruskanlah perjuangan.

Biarkan ianya hanya terdetik dihati.
Tiada orang tak pernah merasa terguris hati.
Tiada orang tak pernah terasa kecewa.
Tiada orang tak pernah terasa putus asa.
Walaupun hanya terdetik dihati.
Jadi, biarkanlah ianya hanya terdetik dihati.
Cukup terdetik sahaja.
Jangan biarkan detik itu menjadi dentuman.

Insya'Allah ada bahagian untuk kita.
Telah diatur.
Cukup dan lengkap.
Dan.
Ada juga bahagian untuknya.
Juga telah diatur.
Juga cukup dan lengkap.

Sebenarnya, ini bukan sajak.  Juga bukan puisi.
Cuma terdetik dihati.

Bukan semua tak kena.
Tapi memang banyak telah terkena.
Cempaka Mas, Cempaka Triangle, De Banggol dan Galeri.

Baik orang wajar dipuji
Jahat orang wajar dikeji
Baik budi dan hasad dengki
Puncanya tetap dari hati. 

Ya....... cuma terdetik dihati.



Thursday, September 19, 2013

de Banggol 4





 Pokok-pokok pisang admin de Banggol terkini.
Itulah seadanya.



 Wow.....bunga durian - belum mekar lagi.
Di samping itu, durian pun mula berbunga lagi.
Mengikut perkiraan, durian pokok ni akan mula luruh bulan Januari 2014.
Lebih kurang tiga bulan setengah daripada bunganya mula mekar dan gugur nanti.

Monday, July 15, 2013

De Banggol - Terung Charming

Terung - tanaman sampingan yang diusahakan secara santai telah myla mengeluarkan hasil.
Tak banyak - hanya beberapa puluh pokok sahaja.  Tanam dicelah-celah tunggul kayu yang saja dibiarkan sebagai halangan daripada haiwan perosak nombor satu tu.  Sementara menanti pokok pisang membesar dan mengeluarkan hasil.

Boleh tahan juga suburnya.  Tengoklah hasil tuaian sulung dibawah tu.








Hebat juga hasilnya tu.  Hampir 500 grm sebiji, dan 3 biji, 1 kg.
Cukuplah untuk makan sendiri dan sedekah  pada kengkawan.  Disamping jual kepada
penjual sayur setempat.

Wednesday, May 29, 2013

myMetro | MARDI kumpul 30 spesies kelulut

myMetro | MARDI kumpul 30 spesies kelulut
Oleh Mohd Sabran Md Sani
Tidak ramai menyedari, lebah kelulut mampu mendatangkan pendapatan lumayan walaupun serangga itu gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.
Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluaran madu berkualiti yang kaya dengan antioksidan.............