Saturday, May 18, 2013

de Banggol Mas 3

 Anak pokok pisang dah mula membesar.  Rasa seronok.  Hilang rasa letih dan
tension bekarja.

 Membersih, memerun dan menanam dilakukan serentak.  Sedikit demi sedikit.
Waktu basah (lepas hujan) - membersih dan menanam.  Waktu panas, wat keja lain.
menyiram, memerun dan mencantas daun pisang.

Pokok petola dan kacang buncis - junjung guna ranting-ranting kayu jer.  Tanam sekadar untuk santai.

Pokok ....... apa ni.....terlupa plak.
Kebun jiran dijalan masuk ke Banggol Mas.
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Pokok Knaf.

Monday, April 1, 2013

de Banggol Mas 2




Kekurangan modal........ 
terpaksa guna kudrat sendiri untuk membersihkannya.
Insya'Allah.......target hingga bulan Ramadhan, yang ini selesai dibersihkan
dan separuh daripada keluasan tanah siap tertanam pisang.
Insya'Allah....... Doakan kejayaan hamba Allah ini.

Thursday, March 28, 2013

Cuti-cuti de Banggol Mas








Cuti sekolah pertengahan penggal 1 ni mula proses kembali tanah de Banggol.  Tebang pokok-pokok
yang rasa tak diperlukan.  Beberapa pokok durian dan rambutan serta pokok-pokok liar lain.  Maklumlah tanah ni telah menjadi hutan dara sebelum ku miliki.  Rasa bersalah dan sedih juga kerana terputuslah habuan pahala untuk orang dahulu yang tanam pokok-pokok tu.
Harap-harap dikurniakan kesihatan, kudrat, kesungguhan dan ketabahan oleh Yang Maha Esa untuk aku melaksanakannya .  Juga diberkati segala usaha ini dan berjaya.  Ammin.

Thursday, November 22, 2012

Durian Lagi



(hidangan admin malam ni, hingga 3 pagi.  Seulas demi seulas sambil menonton TV)

Durian lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Musim ketiga dan terakhir untuk 2012 di Batu Kurau.
Musim seterusnya pula akan menyusul - Januari atau Februari 2013.
Itulah........ rezeki yang Allah limpahkan kepada kita, tak pernah berkurangan.  Cukup
dan sentiasa berterusan.  Bukan durian sahaja pada musim ini.  Rambutan, manggis dan
buah-buahan yang lain.
Berkunjunglah ke Batu Kurau.  Deretan gerai buah di tepi jalan sentiasa
mengalu-alukan kedatangan anda.
Pilihlah buah apa yang anda suka.  Belilah berapa banyak yang anda mampu.
Harga jangan bimbang.  Berpatutan dan sesuai dengan
kesegarannya terus dari ladang.
Bagi yang ada adik beradik dan sanak saudara di Batu Kurau, jangan malu-malu........datanglah.
Petiklah dan pungutlah sendiri bebuahan tu di dusun.
Bertepatan pula dengan cuti akhir tahun persekolahan.  Bawalah anak-anak pulang ke kampung
sambil berkenal mesra mengeratkan silaratul rohim dengan saudara mara yang ada.
Mereka sentiasa mengalu-alukan kehadiran/kepulangan anda.
Sesungguhnya rezeki yang tuhan beri ini adalah untuk kita bersama.

Wednesday, October 17, 2012