Thursday, March 28, 2013

Cuti-cuti de Banggol Mas








Cuti sekolah pertengahan penggal 1 ni mula proses kembali tanah de Banggol.  Tebang pokok-pokok
yang rasa tak diperlukan.  Beberapa pokok durian dan rambutan serta pokok-pokok liar lain.  Maklumlah tanah ni telah menjadi hutan dara sebelum ku miliki.  Rasa bersalah dan sedih juga kerana terputuslah habuan pahala untuk orang dahulu yang tanam pokok-pokok tu.
Harap-harap dikurniakan kesihatan, kudrat, kesungguhan dan ketabahan oleh Yang Maha Esa untuk aku melaksanakannya .  Juga diberkati segala usaha ini dan berjaya.  Ammin.

Thursday, November 22, 2012

Durian Lagi



(hidangan admin malam ni, hingga 3 pagi.  Seulas demi seulas sambil menonton TV)

Durian lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Musim ketiga dan terakhir untuk 2012 di Batu Kurau.
Musim seterusnya pula akan menyusul - Januari atau Februari 2013.
Itulah........ rezeki yang Allah limpahkan kepada kita, tak pernah berkurangan.  Cukup
dan sentiasa berterusan.  Bukan durian sahaja pada musim ini.  Rambutan, manggis dan
buah-buahan yang lain.
Berkunjunglah ke Batu Kurau.  Deretan gerai buah di tepi jalan sentiasa
mengalu-alukan kedatangan anda.
Pilihlah buah apa yang anda suka.  Belilah berapa banyak yang anda mampu.
Harga jangan bimbang.  Berpatutan dan sesuai dengan
kesegarannya terus dari ladang.
Bagi yang ada adik beradik dan sanak saudara di Batu Kurau, jangan malu-malu........datanglah.
Petiklah dan pungutlah sendiri bebuahan tu di dusun.
Bertepatan pula dengan cuti akhir tahun persekolahan.  Bawalah anak-anak pulang ke kampung
sambil berkenal mesra mengeratkan silaratul rohim dengan saudara mara yang ada.
Mereka sentiasa mengalu-alukan kehadiran/kepulangan anda.
Sesungguhnya rezeki yang tuhan beri ini adalah untuk kita bersama.

Wednesday, October 17, 2012

Wednesday, June 27, 2012

Teh Kahwa plus Pemanis Stevia

Produk keluaran terhad KKCM







Bagi orang-orang Taiping khususnya yang tinggal sekitar Batu Kurau, pasti mengenalinya (kecuali golongan muda dan kanak-kanak).  Teh Kahwa.  Sering menjadi hidangan mereka waktu dulu-dulu.  Penyediaannya dilakukan secara konvensional/tradisional.  Petik daun, keringkan dan setelah kering, ramas-ramas dan tuang air panas. Terhasillah teh O.  Aromanya ......... sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata atau penulisan.  Tambah gula sedikit.  Nikmat dan menyegarkan.  Tidak berangin, kata orang tua-tua.  Disamping sebagai ubat dan mencegah berbagai penyakit.  Kencing manis, darah tinggi, jantung, batu karang.  Dulu, waktu kerja bendang atau ke bukit (kebun) mereka sentiasa berbekalkan air ini.

Amalan orang dulu-dulu, walaupun tanpa kajian saintifik tapi terbukti serta amat meyakinkan keberkesanannya.  Namun begitu, itu semua terabai.  Penemuan dan terdapatnya berbagai minuman dipasaran, lebih mudah disediakan, murah dan berperisa lazat menjadikannya terus terabai dan terhindar.  Pokok-pokok kahwa yang dulunya banyak tumbuh atau ditanam dikeliling rumah terbiar, mati atau ditebang untuk digantikan dengan tanaman lain.  Bagi kebanyakkan mereka, semua itu telah menjadi kenangan.  Hanya akan diceritakan semula jika ada orang datang bertanya.  Ceritanya sama sama ada oleh orang tua-tua lewat 70 an, 60 an, 50 an atau 40 an.  Waktu ini, walaunya pokoknya masih ada tapi tidaklah banyak.  Satu atau dua pokok di halaman rumah-rumah tertentu.  Dan pastinya pengamal minuman teh kahwa ini adalah golongan orang tua-tua berumur lebih 70 an.


Kajian saintifik ke atas sampel tulin teh ini oleh sebuah makmal di Shah Alam, mendapati teh ini mempunyai kandungan kalori yang tinggi disamping karbohidrat, protin dan lemak (344, 63.6,15.1 dan 3.2).