Wednesday, May 19, 2010

Sehelai Kain Kapan

Itulah jodol sebuah drama TV yang akan terbit.  Bila, TV apa dan saluran berapa, taklah pula aku ketahui. Shooting akan dijalankan mulai 19 Mei, selama lebih kurang seminggu.  Ceritanya menarik, mengandungi berbagai unsur yang wajar dijadikan teladan dan sempadan.  Rona berlatarkan kehidupan desa.  Ada wawasan, ada debaran, ada dendam, ada kejayaanm, ada warisan dan ada berbagai lagi.  Antara kata dialognya " kalau ke hutan bawalah golok, kalau berjalan biarlah berkasut, kalau berkata biarlah berlapik"  itulah......... lebih kurang.  Dan yang lainnya........ " kenapa di warung ni banyak sampah.........."

Itulah lebih kurang yang diceritakan oleh penulis skrip dan juga pelakonnya - saudara Sidek Hussein.  Nak cerita lebih-lebih tak boleh........ namun apa-apa hal, tunggulah dramanya tersiar di TV nanti.  TV apa...... tak terfikir plak nak tanya.

Sebenarnya waktu itu,  saudara Sidek Hussein dan keluarganya sedang buat survey untuk mencari lokasi pengambaraan dramanya itu.  Dari KL sampai ke Batu Kurau.   Singgah di warong Pak Su di bawah gunung tu.  Memang tempat disekitar kampung tu menarik.  Perkampungan traddisional yang tenteram, aman dan nyaman.  Dia terus tertarik untuk buat pengambaraan di kampung tu - Kampung Sempeneh dan sekitarnya.  Selepas membuat beberapa panggilan pada rakan kongsinya, dia pun berceritalah serba sedikit.  Kebetulan aku berada di warung itu.  Berehat sebentar sambil minum teh tarik sebelum ke kebun semula.  Tumpang dengar jer......nak menyampuk.......aku memang kurang mahir bersembang.  Kalau dengar jer tu.......memang lebih daripada pakarlah.

Namun aku terpaksa beredar kerana waktu dah time untuk ku menyambung kerja ku...........  dia masih meneruskan sembang dan ceritanya................

Tuesday, March 9, 2010

Tilapia


Berjaya atau gagal memang perkara biasa dalam apa-apa perjuangan.  Projek ikan tilapia yang ku usahakan di tanah 1 - cempaka mas juga gagal.  Gagal dari aspek out put, namun input pengalaman yang ku perolehi sangat berharga.  Begitu juga dengan kualiti ikan yang diternak di kolam itu menggunakan air yang disalirkan terus dari sumber air terjun.  Insya'Allah aku akan susun strategi lain dan mulakannya semula akhir tahun ini.









Lot 3 - Cempaka Triangle

Lot 3 - Cempaka Triangle seluas lebih kurang satu ekar lebih.  Dulu, akhir 2008 aku telah usahakannya dengan tanaman pisang berangan benih tisu serta pisang mas dan rastali.  Gagal............     gagal bukan kerana tak berjaga tetapi kerana kekurangan modal untuk menyediakan pagar yang kukuh.  Pagar pukat yang ku gunakan tak dapat menahan asakan haiwan seperti kambing dan babi.  Maka berpestalah bebinatang tu.  Siang kambing dan malam babi.  Usaha juga untuk menghalangnya namun kerana kekangan masa dan modal aku terpaksa merelakan diriku tewas.

Awal 2010 ni aku mulakan semula projek di lot ini.  Juga dengan tanaman pisang setelah memagarnya semula dengan pagar yang lebih kukuh.  Moga usaha kali ini diberkati Allah S.W.T, berjaya dan aku dilimpahkan rezeki melalui projek

Gambar kenangan - projek pisang yang gagal.



Pisang Mas - Masih dalam proses penanaman

Monday, March 1, 2010

cadangan tapak projek



Next projek




Pokok apa ni!......... maaf, masih belum boleh bagi tau.
Nilai daunnya hampir RM2000.00 sekilogram.
Saya memerlukan pakar tisu kultur untuk membiakkannya.



Sunday, February 28, 2010

Projek Gagal Lagi

Projek Tanah 2 - Cempaka Triangle









Lot 2 - Projek terung disember 2009.
  Gagal lagi, buat kali kedua.  Kegagalan pertama pada Mac 2009.  Aku kurang pasti sebab apa.  Tgh-tgh hidup subur dan udahpun mula berbunga, sedahan demi sedahan daunnya layu. 
Gambar-gambar tu diambil pada awal februari 2010.  Sepatutnya sekarang ni sedang galak pungut hasil.  
Tapi apa nak buat.  Masih belum ada rezeki disini.  Tinggallah beberapa pokok.  Cukuplah untuk kegunaan sendiri.  Reda dengan kegagalan ini. Cabaran, dugaan dan ujian Tuhan.  Mungkin kerana kesilapan sendiri.   
Insya'Allah Mac ni aku akan mulakan semula projek di tapak ini. 
Mungkin bendi.....aku harap kali ini berjaya.


Sepanjang Februari  musim panas.  Tak berani nak tanam, bimbang tak terjaga (siram) tanpa bantuan hujan.  Buatlah kerja-kerja apa yang patut.  Penyediaan semula kawasan di lot 1 dan lot 3.  Lot 3  untuk pisang mas - anggaran boleh tanam 400 pokok.  Di lot 1, cadangnya untuk rumah pertanian.  
Buat  pagar semula yang lebih kukuh untuk elakkan musuh
terutama kambing/lembu (siang) dan babi/kerbau (malam) memasuki kawasan.  
Terpaksa tambah lagi pelaburan.  

Dpn ni, lot 1 - tapak untuk rumah pertanian.
"BUKAN MUDAH NAK BERJAYA DAN JUGA BUKAN MUDAH UNTUK GAGAL JIKA KITA TELAH BERUSAHA DENGAN SEWAJARNYA"
cuma.......belum ada rezeki.

Friday, February 26, 2010

Ulam dan sayur kampung


Pucuk Salang


Pokok Salang


Pokok Cabang Tiga (Tenggek Burung)

Limau Kasturi

Kunyit

Pokok Cermai